Pada 18 Mac 2023 jam 2 Petang, dianjurkan sebuah majlis Anugerah & Forum Wartawan Muda Said Zahari 2022 oleh Pusat Sejarah Rakyat serta waris keluarga Said Zahari bagi meraikan para wartawan muda yang mengarang berita sepanjang tahun lalu.

Bersama dengan kita di dalam forum berjudul Kewartawanan Dalam Krisis: Meneladani Legasi Said Zahari adalah para calon penerima Anugerah Wartawan Muda Said Zahari 2022 yang disenarai pendek iaitu:

1) Low Choon Chyuan (Wartawan, Malaysiakini)
2) Liani MK (Wartawan Bebas)
3) Alena Nadia (Wartawan, Malaysiakini)

Forum ini dimudahcarakan oleh Dr. Por Heong Hong, salah seorang Ahli Lembaga Pusat Sejarah Rakyat serta juri bagi Anugerah Wartawan Muda Said Zahari.

Selesai acara forum, pengumuman pemenang utama Anugerah Wartawan Muda Said Zahari 2022 kemudiannya dilakukan oleh Pengerusi Pusat Sejarah Rakyat, Dr. Syed Husin Ali, yang juga merupakan salah seorang juri Anugerah Wartawan Muda Said Zahari. Teks ucapan penuh pengumuman boleh diakses di SINI.

Majlis kemudian turut menjemput pemenang Anugerah Wartawan Muda Said Zahari iaitu Liani MK menerusi artikelnya berjudul “Amid Tourism Push, Malaysia Keeps Binational Families Apart” untuk memberikan ucapannya.

Tahniah kepada Saudari Liani MK di atas kejayaannya!