Tarikh / Hari: 21 Oktober 2022 (Sabtu)
Waktu: 2 Petang
Lokasi (secara fizikal): TOKOSUE Indie Book and Art Shop, 3.40, Wisma Central, Kuala Lumpur.

Abstrak Diskusi:

Dengan memfokuskan judul terbaru terbitan Pusat Sejarah Rakyat iaitu ‘Tokoh-Tokoh Pejuang Rakyat” (2023), yang memuatkan esei oleh 19 orang penulis tentang 27 orang tokoh gerakan yang rencam. Digarap dari sumber yang rencam; arkib, lisan serta wawancara yang tidak pernah diterbitkan, kita dapat melihat kepelbagaian arus yang wujud dalam gerakan demokrasi dan politik di Malaysia.

Membariskan penyunting dan penulis karya bagi diskusi kali ini, perkongsian akan membicarakan tentang proses penulisan sejarah dari bawah, tantangan dalam mencambah historiografi alternatif serta bagaimana sejarah ‘notional’ ditanggap dalam arus sejarah ‘nasional’ hari ini.

Biografi Pembicara:

1) Dr. Syed Husin Ali kini merupakan Pengerusi Pusat Sejarah Rakyat serta editor bagi Tokoh-Tokoh Pejuang Rakyat. Beliau juga merupakan seorang ahli politik, akademik serta aktivis sosial yang bergelut dalam masa panjang dalam soal kemasyarakatan. Kerja-kerja penerbitannya melibatkan suntingan dan tulisan hampir 20 buah buku, ratusan buah kertas kerja dan jurnal penyelidikan. Beliau turut terlibat sebagai pakar untuk Universiti Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCO bersesuaian dengan kepakarannya selaku ahli antropologi dan sains sosial. Di antara buku terbaru beliau yang diterbitkan secara dwibahasa oleh Pusat Sejarah Rakyat pada tahun 2017 berjudul Sejarah Rakyat Malaysia (Khususnya Perkembangan Nasionalisme).

2) Dr. Welyne Jeffrey Jehom ialah seorang ahli antropologi yang terlibat dalam penyelidikan mengenai pembangunan dan penglibatan komuniti menggunakan kaedah penyelidikan bertindak berasaskan komuniti dan kajian etnografi secara partisipatif. Fokus utama penyelidikan beliau berkaitan projek pembangunan dipacu komuniti serta aplikasi pengetahuan kaum peribumi sebagai alat untuk pembangunan mata pencarian masyarakat dalam ekonomi sekeliling. Penyelidikannya yang paling berkesan adalah dalam membangunkan ilmu pengetahuan lokal kaum peribumi tentang tekstil tradisional, pua kumbu Iban, bagi sebuah siri pameran polysensori pendidikan, “Textile Tales of the Pua Kumbu”. Sejak 2015, beliau juga merupakan kurator seni dan pameran kebudayaan berasaskan komuniti.

Pemudahcara:

Zikri Rahman ialah Koordinator Program PSR dan salah seorang editor buku Tokoh-Tokoh Pejuang Rakyat.