nadi-insan-koleksi
Pusat Sejarah Rakyat (PSR) sudah berjaya melengkapkan koleksi majalah politik negara era 1980-an, Nadi Insan dalam arkib kami.

Diasaskan pada tahun 1979, majalah Nadi Insan merupakan majalah terbitan Institut Analisa Sosial (INSAN) yang menganalisa dan mempersembahkan isu-isu sosial dan politik dalam dan luar negeri dari pelbagai sudut berbeza dalam bahasa kebangsaan bagi menggalakkan perbincangan umum mengenai isu-isu kemasyarakatan. Antara sidang penyunting majalah Nadi Insan ialah Dr. Jomo K.S., Rohana Ariffin, Mohd. Daud, C. Ng, dan Dr. Mohd Nasir Hashim (Ketua Pengarang).

Kesemua 52 edisi majalah Nadi Insan dari tahun 1979 hingga 1983 dalam koleksi kami sudah disediakan dalam bentuk digital untuk bacaan umum.

Klik pautan ini untuk baca atau muat turun versi PDF majalah Nadi Insan: pusatsejarahrakyat.org/nadi-insan