Tahun lalu, Pusat Sejarah Rakyat melancarkan sebuah anugerah untuk wartawan muda sebagai penghormatan kepada mendiang Said Zahari, wartawan dan aktivis kebebasan media yang tidak kenal lelah. Pemenang anugerah ini pada tahun 2019 adalah jurnalis Malaysia yang berbasis di Taiwan, Chew Huiyee, dengan artikel penyertaannya “Once sea nomads, now stateless”.

Demi menghargai pengorbanan Said Zahari dalam mempertahankan kebebasan dan integriti industri media dan kewartananan, anugerah ini diberikan kepada wartawan-wartawan yang memberikan fokus khusus untuk isu-isu keadilan masyarakat dan hak asasi manusia. Seperti tahun sebelumnya, panel hakim PSR akan menilai pemegang anugerah ini berdasarkan komitmen mereka terhadap prinsip-prinsip keadilan sosial, pembawaan cerita yang menggalakkan perbincangan sivil, dan cara pandang membawa perubahan positif dalam masyarakat. Apa yang diharapkan dari inisiatif ini adalah ianya meniupkan semangat juang yang sama ditunjukkan Said Zahari sepanjang hayatnya dalam kalangan generasi muda. Pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM1,000.00 dan tambahan RM2,000.00 untuk perbelanjaan penyertaan aktiviti pendedahan dan pembinaan kapasiti (seperti bengkel, festival, lawatan belajar dll.) berkaitan kewartawanan dan/atau hak asasi manusia.

Said Zahari

Dilahirkan pada 18 Mei 1928, anak kelahiran Singapura ini merupakan Ketua Editor di Utusan Melayu (hari ini dikenali sebagi Utusan Malaysia), suratkhabar berbahasa Melayu pertama di dunia. Utusan Melayu yang diasaskan Yusof Ishak merupakan sebuah suratkhabar progresif pada waktu itu, dan bukan alat propaganda kerajaan. Demi mempertahankan kebebasan media, Said Zahari dipenjara selama 17 tahun. Beliau menuliskan pengalaman tersebut di dalam dua buah buku, “Dark Clouds at Dawn: a Political Memoir” (2001), dan “The Long Nightmare: My 17 Years as a Political Prisoner” (2007). Beliau meninggal dunia pada 12 April 2016, meninggalkan legasi kewartawanan yang berani berhadapan dengan kekuasaan.

Cara-cara penyertaan

  • Berwarganegara Malaysia atau Singapura;
  • Berusia 18 hingga 39 tahun;
  • Karya yang dihantar mestilah diterbitkan dalam tempoh dua belas (12) bulan sebelum tarikh tutup penyertaan;
  • Hantar tidak lebih dari tiga (3) artikel;
  • Penyertaan dibuka dari 1 hingga 31 Disember 2020;
  • Menghantarkan penyertaan di https://bit.ly/anugerah-saidzahari sebelum jam 23:59 pada tarikh tutup.

Selamat maju jaya!

[ENG]

Last year, Pusat Sejarah Rakyat launched an award for young journalists in honour of Said Zahari, journalist and activist for media freedom. The winner of this award in its inaugural year was a Malaysian journalist based in Taiwan, Chew Huiyee, with her submitted article “Once sea nomads, now stateless“.

In honour of the late Said Zahari and his relentless defense of media freedom and journalistic integrity, this award is given to journalists with special focus on social justice and human rights issues. As was last year, the PSR panel of judges will be assessing the winner of this award based on their commitment to social justice principles, narrative approach that encourages civil discourse, and a worldview that brings about positive social change. This initiative hopes to instill in the younger generation the same fighting spirit demonstrated by Said Zahari throughout his lifetime. The winner of this award will take home a cash prize of RM1,000.00 and an additional RM2,000.00 for participation in exposure and/or capacity building activities with regards to journalism and/or human rights.

Said Zahari

Born on 18 May 1928, the Singapore-born journalist was Chief Editor of Utusan Melayu (today Utusan Malaysia), the first Malay-language newspaper in the world. Utusan Melayu that was founded by Yusof Ishak was a progressive newspaper at the time and not a government propaganda instrument. In defense of media freedom, he was jailed for 17 years. He wrote about his experience in two books, “Dark Clouds at Dawn: a Political Memoir” (2001), dan “The Long Nightmare: My 17 Years as a Political Prisoner” (2007). He passed away on 12 April 2016, leaving behind a journalistic legacy that is unafraid of speaking truth to power.

Participation details

  • Citizen of Malaysia or Singapore;
  • Between 18 to 39 years old;
  • Submitted articles must be no older than twelve (12) months from the end date of entry;
  • Submit up to three (3) articles;
  • Submissions open from 1 to 31 December 2020;
  • Submit your article at https://bit.ly/anugerah-saidzahari by 23:59H on end date.

Please share widely. All the best!