Di dalam rakaman siniar anjuran Kawah Buku bersempena minggu memperingati Profesor Cheah Boon Kheng, Azan Safar, pendiri Kawah Buku, mewawancara Dr. Syed Husin Ali, selaku Ahli Lembaga Pengarah Pusat Sejarah Rakyat serta salah seorang penyunting bagi terbitan baru berjudul Tokoh-Tokoh Pejuang Rakyat (2023).

Menerusi buku ini, dihimpunkan 28 orang tokoh pejuang kemerdekaan Malaysia meliputi segenap dimensi masyarakat, yang kebanyakan mereka adalah di luar kerangka sosok pejuang yang arus perdana. Ikuti ulasan proses serta kerangka penerbitan judul baharu dalam memperdalam pewacanaan tentang sejarah rakyat.

Bagi yang berminat mendapatkan judul terbitan Pusat Sejarah Rakyat, sila lawati Shopee kami di SINI.