Hari ini dalam tahun 1948, Kerajaan penjajah British telah mengharamkan Parti Komunis Malaya (PKM) di Malaya dan Singapura. PKM telah diharamkan sebulan selepas penjajah mengisytiharkan undang-undang darurat di seluruh Malaya.

Tetapi PKM bukanlah parti politik pertama yang telah diharamkan oleh penjajah.

Tahukah kamu, setahun sebelum pengisytiharan darurat, Angkatan Pemuda Insaf (API) telah diharamkan terlebih dahulu pada 16 Julai 1947?

Turut sama diharamkan pada 23 Julai 1948 ialah MPAJA Ex-Comrades Association (persatuan bekas tentera anti-Jepun), Malayan New Democratic Youth League (MNDYL) dan Ikatan Pembela Tanah Air (PETA).

PETA telah ditubuhkan pada 9 Oktober 1947 sebagai menggantikan API yang telah diharamkan.

Sumber: Akhbar The Straits Times, 24 Julai 1948

hids-cpm-diharamkan-23-julai