Bersempena Kongres BERSIH yang julung kali diadakan, turut berlangsung adalah Pameran Arkib DEMO: 15 Tahun Protes di Malaysia yang merupakan usaha merakam detik protes dan pergerakan sosial di dalam rentang tahun 2007 – 2022.

Menerusi dokumentasi sejarah lisan protes di Malaysia yang melibatkan pelaku utama serta warga biasa sepanjang tempoh kritikal pendemokrasian sepanjang, pameran akan mengetengahkan artifak protes dan perkongsian oleh para pelakunya dalam merefleksi sejarah.
Bagi yang berminat untuk menyertai sesi berkongsi kisah tentang artifak barangan berkaitan protes (Bermula jam 12:45 – 13:45), bolehlah langsung ke pautan untuk mendaftar: https://tinyurl.com/pamerandemo
Untuk maklumat lanjut projek dokumentasi DEMO: Sejarah Lisan Protes, sila ke pusatsejarahrakyat.org/demo
Pameran ini dikelola oleh Pasukan Peneliti DEMO bersempena Kongres BERSIH:
Ooi Kok Hin, Jeremy Lim, Yvonne Tan & Zikri Rahman