Intan Rafiza is both a curator and artist with more than 15 years of dedication to the practice of performance art based in Malaysia. Before her full-time endeavour in the art scene, she used to be active with Malaysia For Free and Fair Election (MAFREL); observing elections in multiple conflict zones, as well as juggling time in different cultural collectives. Her artwork serves as a poignant reflection and response to the social critiques embedded in contemporary society. By utilising performance art during different protests; most notably during Puncak Purnama’s rally and May Day protest that she participated in, she believed the art form is a means of democratic expression and a strategic medium for engaging in meaningful dialogues with the public.

*All photos have been provided by and are credited to Intan Rafiza. 

Boleh kongsikan sedikit tentang latar belakang? Intan sekarang kerja sebagai apa dan pengalaman Intan dalam gerakan.

Saya Intan Rafiza, umur 42 sekarang. Ibu tunggal, mempunyai seorang anak perempuan yang sekarang umur dia 15 tahun. Saya lulusan dalam seni halus. Tahun 1999 masuk, 2003 habis ijazah dalam pengajian. Untuk penglibatan tentang protes ataupun isu sosial ni, pada tahun 2004, saya waktu tu baru habis belajar dan saya sertai satu gerakan yang dipanggil MAFREL; Malaysia for Free and Fair Election. MAFREL ni sebenarnya adalah satu badan NGO yang memantau pilihan raya di dalam negara.

Siapa yang terlibat dalam MAFREL?

They have different persons and backgrounds, so [Abdul] Malek Hussein is one of them. Ada juga Herizal [Hazri], dulu dia dengan ISIS (Institute of Strategic and International Studies). Dia punya ibu pejabat dekat Thailand. We call it ANFREL, Asian [Network] for Free Elections. So 2004 if I’m not mistaken, I [went] to Afghanistan for two weeks [as a] short term observer. For that, I went to Bamyan. And then [in] the second year, I [chose to be part of] for the long term observer elections. [In] 2006, I [went] to Panjshir. Yang itu, saya pergi 40 hari untuk pantau pilihan raya dekat Afghanistan. So there were two times that I had the opportunity to observe elections in a country that organised [its] first parliamentary and general election after the war.

So this experience actually [led] me to a different perspective in my artistic way [of] making artwork. Sebab saya graduate di UITM Shah Alam dan basically, we [have a] very traditional approach in fine art, which [are] mostly about painting, drawing. If you say about new media, it’s still about some material to [be] presented as an artwork. Tapi bila ada peluang-peluang daripada pantau pilihan raya di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa—di peringkat Malaysia ada juga lah beberapa tempat, saya lupa…—peluang ni saya ambil untuk memahami tentang ruang tu sendiri dan bagaimana seni itu sendiri boleh adapt di dalam ruang. So [I chose to become a] performance artist and [adopt] performance art as my main medium to express my artwork.

Bila pendedahan awal Intan tentang isu politik?

My ideas about politics, it’s not only about those white-collar people in power. For me, politics are more than that. Social issue, the poverty issue. Jadi benda-benda tu lah. Because I [grew] up in the normal family kampung and I don’t have any exposure to fine art, becoming [an] artist. I [didn’t] know about artists as a career exists in this world. But I love to draw so bila kita mintak apply [university] waktu Form Five tu, tengok oh, ada fine arts. Kita tak ada Google kan, tapi I don’t know why [I thought] okay lah, mintak je lah. Kita orang kampung and then if I am not mistaken, kalau nak cerita pasal political scenes, tentang power ni, mungkin masa kecik-kecik dulu adalah kot tengok ayah saya baca buku-buku politik ataupun artikel-artikel politik but I think at that time, I don’t have that ideas about this thing.

I think the big picture yang I dapat tentang [the concept of] power is bila start belajar fine art dan banyak artis-artis yang membawa isu-isu politik, dan jugak bila sendiri turun padang pantau pilihan raya di Malaysia. Kita educate orang macam mana untuk pilihan raya tapi dalam masa yang sama, saya pun belajar tentang demokrasi, tentang prosedur dalam election waktu ikut misi [pemantau pilihanraya].

And then, I started my first performance art in 2004 and my first work was at Balai Seni. Cara saya terlibat dengan seni persembahan pun bukannya macam okay, ‘today I want to make a performance’. No. It’s totally because I don’t have money at all. Waktu tu ada artis yang tak dapat datang untuk performance art tu and then one of the curators here just [thought] about me and [said] Intan, do you want to do performance art? I said what is that? Dia kata oh, you kena guna expression, it’s about climate change, you become [the] fire, they will give you a costume. And I said why not. Do you pay me? Yes. How much? RM80 per day. Okay! So senang cerita, memang kita tak ada duit lah. Sama jugak yang pantau pilihan raya tu because the first thing, I need the money. [Lepas tu] baru pergi kepada idea.

Intan sebut tadi ada karya-karya yang mungkin menyebabkan rasa oh, ini rupanya politik. Ada apa-apa karya seni yang Intan ingat macam oh, rupanya boleh buat dekat ruang protes?

Kalau dalam belajar seni, kita ada rujukan tetapi untuk seni laku, kita memang tak ada reference untuk Malaysia. Jadi yang kita tahu memang artis persembahan internasional. Contohnya tentang kesamarataan gender ataupun tentang isu LGBT, isu tentang untuk kita persoal balik tentang kebebasan beragama, kebebasan berekspresi. So benda-benda ni adalah isu yang di-censorship di UITM Shah Alam di dalam seni. So untuk menjadi artis, ada perkara-perkara yang kita boleh bicarakan dalam universiti tu sendiri. Tapi bila kita tengok rujukan kita bukan artis-artis di Malaysia dan kita terfikir oh, sebenarnya boleh je kut cakap dalam art tentang benda-benda ni.

So for me, if I really want to be an artist, medium apa yang sampai kepada the right audience? If I make a painting, I only reach out [to] the person who goes to the gallery so I don’t think that’s my audience. That’s not my audience. My audience is my friends, my audience is my circle. I cannot sing and I cannot dance, but I have an idea [of] bringing the artwork to the public. So I think this performance is the right medium for me to share with the right audience. Ada banyak topik. Contohnya, dalam my previous performance daripada 2004 until 2020 yang I rasa banyak bawak tentang political issue. Contohnya, secara berkumpulan ataupun individu. So secara berkumpulan, sebab kita dulu ada Komuniti Jalan Kempas. Saya dengan Aisyah Baharuddin, saya dengan Poodien (Shaifudin Mamat), saya dengan Ili [Farhana], so kita orang ada satu komuniti yang memang buat street performance dekat Shah Alam, kita buat konsert, kita buat gig.

​​Individually pulak, ada work-work yang contohnya, saya respond kepada isu Altantuya [Shaariibuu]. Pada zaman tu, ada banyak pasal perempuan dibunuh dan kita hanya tahu melalui surat khabar. Kita tak ada handphone masa tu sangat so kena pergi kat cyber cafe kan. So at that time ada kes Altantuyaa, ada kes Canny Ong, lepas tu ada seorang lagi perempuan pakai tudung labuh meninggal dalam bas balik kerja kilang, Juliza [Suzaily] kalau tak silap. I [was] really mad, marah dengan sedih waktu tu because people give reasons like she deserves to be dead, dia memang patut mati sebab dia perempuan jahat. Oh, dia ni mesti masuk syurga sebab dia perempuan baik. Oh, dia ni mesti ada sebab apa-apa. For me, it’s not fair for perempuan yang jadi mangsa.

I’m Nor Here, Nor There (2004, National Art Gallery)

This is my early performance yang saya cakap tadi. Nor Here, Nor There (2004) di Malaysia dekat Balai Seni. Ini dengan Komuniti Jalan Kempas, kita buat Justice for Tak Bai Victims (2005) dekat LRT Ampang Park. Ni Vote for Me (2007), this is about the isu pembunuhan perempuan tu. Saya letak dua voting paper dekat situ and then I ask people to choose perempuan yang mana yang dia orang [rasa] deserve to die. Satu pakai ni, satu pakai ni, and then people will vote. So masa tu memang a bit shocking lah sebab ni dekat Central Market yang dekat bawah-bawah kafe kat luar.

Yang ini Hukuman (2010) tentang perempuan yang kena sebat, Dewi Kartika. Dulu macam rajin menulis sikit, ada penulisan pasal ni dan juga pasal artwork ni. So this performance agak special sikit sebab saya kena perform dua kali, maknanya dua hari, different audience. Sebab normally, satu performance, satu kali and then habis lah. Tapi yang ini, dia orang nak dua kali sebab dia orang rasa audience yang berbeza, so yang ni dekat White Box [Publika]. Saya mintak Fared Ayam, dia baca macam surat daripada perempuan tu dan kemudian saya hanya mengulang daripada lelaki ni. So saya memperlihatkan macam mana arahan tu datang daripada gender yang berbeza lah dan macam mana kita hanya mengulang benda yang disuruh untuk ulang lah. So dengan situasi dia pada waktu tu yang dia seorang je yang kena, padahal dia berkumpulan kan waktu tu. So dua hari, satu dengan Fared Ayam, satu dengan Nikki.

Normally kalau untuk performance, saya akan cuba reflect to the people and ruang dekat sana. It’s not about me, I’m only like a medium. So this is the second performance dekat Myanmar dulu waktu Beyond Pressure Festival. Sebab kat sana, saya tengok ada perempuan-perempuan yang menyara family tau. Jadi saya reflect dengan pakaian tradisional dan kemudian macam mana dia orang bawak barang-barang.

So yang ini, Antara Pencipta (2013) ni, dulu pernah isu pasal [kalimah] Allah. Kita tak boleh guna perkataan Allah dalam Bahasa Melayu. So yang ini, kita print besar dekat whiteboard, and then there is some movement and response [from] the public about these images. Tapi besar lah gambar ni. Ada juga yang saya buat dekat HOM Art Trans. Yang ni pasal 1MDB, $$candal: Makan Duit (2015).

$$candal_ Makan Duit (2015; Lostgen Space, Kuala Lumpur)

Artwork pasal 1MDB ni ada dibawa ke ruang awam waktu protes?

Takde. Yang ini memang dekat pameran dalam white box, tapi kita pasang balik dekat Italy. Persembahan $$candal: Makan Duit ni dekat Lostgens’. So ada orang sketch like what do you think about this. Yang ini pula Lepas Tangan (2016) dekat declaration rally Puncak Purnama. So ni kita buat berkumpulan. Untuk kostum dan apa semua kitorang buat dekat rumah saya dengan kawan-kawan. Ni untuk Puncak Purnama dengan kawan-kawan waktu ni. So kita sama-sama dengan Sharon Chin, Aisyah Baharuddin dengan saya waktu solidariti Puncak Purnama, 16 Ogos 2016.

Intan participating in the “Lepas Tangan” performance with Sharon Chin and Aisyah Baharuddin at Solidariti Puncak Purnama.

Banners and placards from the Solidariti Puncak Purnama protest.

Adakah ini di antara beberapa protes yang melibatkan artis ke ada yang pernah protes lain di tempat awam bersama dengan artis?

Saya rasa ni antara yang the main lah sebab yang ni, saya ingat artis yang lead waktu jalan di hadapan tu, YB Fahmi Fadzil pun ada, [waktu tu] dia dengan Five Arts Centre. Ada juga Kak Hanim [Nur Hanim Khairuddin]. Ini beberapa banner yang kita buat. Ini adalah sebahagian daripada yang kita buat dengan artis untuk kita perarakan tu bersama Aisyah Baharuddin dan jugak kawan-kawan yang lain. Yang ni work Anne Samat. Anne Samat is a transgender artist so dia bawak karya ni ke jalan. Yang ni anak-anak buat. Anak saya, anak Aisyah apa semua lah. Ni kostum yang kita buat performance tu dan yang lain-lainnya kita bagi pada orang untuk bawak.

This was during Mayday entitled Labor (2017). Yang ini pasal gaji rasanya, gaji minimum so ada guna duit, ada guna baju, I mintak orang jahitkan baju or jahitkan duit, something like that lah. So the idea is about the gaji minimum.

Bila Intan berkongsi pasal karya Intan, jelas ada kesedaran pasal ruang, bagaimana orang awam melihat seni persembahan Intan sendiri dan sebagainya. Dalam beberapa persembahan yang Intan kongsi ni, kita akan fokus lebih dalam kepada Puncak Purnama, waktu perarakan Mayday rally dan juga mungkin Intan pernah menyertai BERSIH?

Kalau BERSIH, ada sekali. [Saya] not really involved with the main [organisation], tapi memang ada untuk kalau contohnya, preparation ataupun mungkin benda-benda lain.

Intan performing ‘Labor’ at the 2017 May Day Rally in Kuala Lumpur.

Berbalik kepada Puncak Purnama, Intan nyatakan tadi bahawa mungkin antara beberapa perarakan, ada yang memang dimulakan oleh artis sendiri. Boleh Intan berkongsi sedikit siapa yang mula-mula initiate the idea untuk turun berjalan untuk isu ini? Mungkin ada ingat meeting pertama kali dan sebagainya.

Pada waktu 2016, saya [bukan] kat [Balai Seni Negara], saya dekat ILHAM Gallery so it’s freer for me to involve with this kind of rally. Sebab kalau dekat [Balai Seni], memang tak boleh. Even curatorial project pun, saya pernah nak curate satu pameran pada 2014, Kuasa Harapan dan Tanah. Someone from inside just reported it to the Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan diorang accused [me] macam di bawah [Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012)] untuk tengok balik buku [yang ditayangkan]. Bila orang KDN tu datang, dia kata dia dapat laporan daripada orang dalam buat aduan mengatakan saya mempromosikan komunisme. Orang KDN tu tak nak buat kalau ikut sebab dia tahu tu koleksi negara, tapi dia kena jugak buat prosedur tu untuk cari siapa. Dia tanya saya ada suspek siapa-siapa, saya memang tak ada lah. It’s the same year with Aisyah [Baharuddin] punya kes waktu KL Biennale. Bila dia siasat, memang dia tak boleh buat apa-apa sebab tu koleksi negara. Gambar Chin Peng tu memang koleksi negara so there is no issue for me as curator to create the exhibition with such images.

Back to the Lepas Tangan, Puncak Purnama. [Yang first involved] if I am not mistaken Kak Hanim, Saiful Razman, Aisyah Baharuddin, Yee I-Lann. Kita ada satu talk yang kita buat dekat KBU (Kelab Bangsar Utama). Forum yang bertajuk Gerhana Seni Awam Malaysia Selepas Puncak Purnama pada 13 Ogos 2016, Sabtu, 8.30 malam hingga 10.30 malam di Radio Bangsar Utama. Panelis waktu itu ialah Jaafar Ismail, Long Thien Shih dengan Yee I-Lann, so saya moderator. Ini antara yang kesinambungan lah daripada rally ni. Dan satu perkara jugak, sebab waktu tu saya bukan kat Balai, tapi saya dengar Balai respon [selepas forum]. Waktu tu Allahyarham Mahadzir Lokman, so dia berani untuk at least bukak isu ni kepada public. Saya tak rasa kalau orang lain pada waktu tu [akan] make this open to talk, tapi Mahadzir Lokman memang sebab pada zaman dia ada banyak censorship punya isu, dia cuba untuk terbuka dan berbincang. Dan waktu tu, kita pun bagi declaration tu rasanya dekat Maju Junction, dekat SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia).

Dia orang berjalan daripada mana ke mana?

Kita lalu depan Pertama Complex daripada Sogo. Masa tu, visual artist ada ramai rasanya. Ada Dhavinder Singh, Anne Samat, ada Lostgens’ dan beberapa lagi lah. Artis yang kita jarang-jarang tengok waktu rally pun dia turun kat situ. Ara Damansara punya artis, Saiful Razman, apa semua.

Gerhana Seni Awam Malaysia Selepas Puncak Purnama Forum Poster.

Intan rasa kenapa artis waktu tu nak terlibat dengan protes? Adakah macam itu satu-satunya jalan untuk menyuarakan hal ni atau ada sebab lain?

Saya rasa pada zaman tu, memang tidak ada satu ruang yang dibenarkan untuk artis bercakap tentang isu-isu yang dianggap [melibatkan] penapisan. Tetapi untuk isu kali ni, untuk karya Syed Ahmad Jamal ni, dia lebih spesifik kepada karya seni dan mereka merasakan mereka kena jugak involve sebab ini akan terjadi pada diorang kalau dia orang tak respon. Dan public art adalah satu benda; a big thing untuk sesebuah negara sebenarnya, tetapi dalam masa yang sama, macam mana kita nak educate kita punya kerajaan pada waktu itu untuk melihat karya seni ni adalah milik awam.

Jadi itu cara [diambil] bagi menggerakkan protes lah, melalui media sosial, jaringan kawan-kawan dan sebagainya. Mungkin Intan boleh kongsi sikit pasal jaringan kawan-kawan tadi? Adakah orang yang sama sebenarnya menggerakkan protes Puncak Purnama itu ataupun bagaimana?

Saya rasa ada perbezaan sedikit untuk Puncak Purnama ni sebab pada waktu tu, bukan sahaja daripada kawan-kawan yang memang aktif dalam aktivisme, contohnya macam Lostgens’ ataupun macam saya sendiri. Kebanyakan kawan-kawan yang saya lebih banyak hangout bukan di kalangan artis, tetapi di kalangan Kelab Bangsar Utama sendiri yang mereka lebih fokus kepada isu aktivisme. Tetapi untuk [perarakan] Puncak Purnama ni, saya ambil peluang untuk [fikir] bagaimana [nak] melibatkan artis visual dalam perarakan ni. So mungkin ada perkara-perkara yang saya kena explain satu persatu pada dia orang tentang macam mana nak involve. Yang paling bestnya, dia orang bawak artwork-artwork dia orang sekali di jalan pada waktu tu.

Intan sebut tadi perlu terangkan kepada dia orang macam mana nak protes sebab kebanyakan mereka first time protesters. Adakah Intan sedar waktu organise tu kita ada banyak undang-undang berkaitan dengan protes seperti Peaceful Assembly Act dan sebagainya ataupun macam kita langgar je?

Saya rasa pada waktu tu, saya ada sedikit keberanian untuk terlibat secara terus sebab saya bukan dengan Balai Seni. So saya tak rasa saya akan melibatkan satu institusi yang besar sebab sekiranya saya kat sini, dia bukan sahaja saya, ramai yang akan kena question benda ni. Tapi bila saya kat luar, saya kena explain kat dia orang yang terlibat sama adalah pelbagai, bukan artis sahaja. Ini yang menyebabkan dia orang rasa okay, maknanya kita bukan hanya artis je kat situ tu. Ada peguam, ada aktivis, semua ada sekali. Dia macam kebersamaan lah kat situ untuk turun sekali.

Kita pun tahu artis ni kadang-kadang boleh jadi gila-gila, tiba-tiba buat performance macam-macam. Waktu tu, macam mana Intan melihat kemungkinan-kemungkinan tu?

Sebab yang turun tu adalah kebanyakannya artis visual yang introvert tau, yang memang duduk dalam studio. So saya macam tak terfikir kebarangkalian dia orang akan react [secara semberono] waktu perarakan ni, tapi saya rasa tu adalah pengalaman yang diperlukan oleh mereka. Sebab most of them dalam karya diorang bercakap tentang social critique, tetapi dia orang tak pernah ada experience yang betul-betul di jalan dan [tidak mempunyai] pengalaman macam mana merespon kepada kritikan sosial. Even kalau kita cakap pasal body expressions [in] the public, kalau betul artis performance yang akan turun, I don’t think dia orang akan buat satu benda yang di luar kawalan.

So in a way, they are quite cautious terhadap sensitiviti yang pelbagai dan yang wujud dalam ruang protes

Ya sebab kalau tengok pada era itu jugak, ada beberapa acara seni persembahan yang kena tapis jugak di Balai [Seni Visual Negara], yang dibatalkan. Contohnya macam festival BUKA JALAN International Performance Art Festival (2011). Sekarang ni memang tenang sangat lah sampai macam dah tak ada apa-apa.

Tetapi pada waktu yang sama, agents of censorship tu masih wujud juga lah, tunggu masa je untuk digunakan. Berbalik pada Puncak Purnama tadi, antara arus yang saya perasan berlaku jugak waktu tu adalah berkaitan dengan isu pemuliharaan warisan di tengah kota. Adakah kawan-kawan yang aktif isu warisan ni jugak terlibat dengan perarakan Puncak Purnama waktu itu?

Saya tak pasti tentang kawan-kawan yang terlibat dalam warisan, tetapi yang kita lihat pada waktu tu, saya sedar kebanyakannya memang artis visual lah. Visual artist dengan aktivis. Fahmi Reza pun ada waktu tu. Sebenarnya, bukan visual artist. Lebih kepada pekerja seni, penggiat seni. Maknanya, pengurus galeri, designer, orang-orang yang terlibat dengan seni, so semua turun pada waktu tu.

Adakah penglibatan Intan waktu tu sebagai penggerak utama ataupun peserta? Macam mana Intan letakkan diri dalam perarakan tu?

Saya tak tahu, kita tak boleh nak cakap kita main organiser juga. Kita adalah sebahagian yang menggerakkan. Contohnya kalau macam ulat gonggok tu, kita pun ada satu kaki lah kat situ. Then kalau ingat balik tentang [the] model of this kind of movement, kita tengok balik contohnya, Minjung art (1979). Minjung art ni, dia digerakkan oleh artis pada waktu itu dan Minjung art sangat penting dalam deklarasi demokrasi dekat Gwangju. It is because of the involvement of the artists. So artist ni, termasuklah mural artist, termasuklah jugak dengan performance artist. Performance artist dia orang memang buat mogok lapar pada waktu tu. I got the opportunity to learn about the Minjung art sewaktu saya buat short curatorial studies dekat Gwangju. Pada waktu ni, saya memang pergi tengok mural dan jugak maklumat yang ada, gambar-gambar yang mana dia orang punya rally tu, tiga kali besar daripada apa yang kita buat. Memang dia ada satu perkuburan untuk artis-artis kat sana yang mati waktu movement Minjung art ni.

Entry point Intan terhadap protes atau gerakan bermula bila terlibat dengan MAFREL, lepas tu dengan performance art di dalam universiti dan sebagainya. Mungkin ada teman-teman artis di Indonesia, di Korea yang mempengaruhi sekurang-kurangnya outlook Intan terhadap protes?

Ia bukannya mempengaruhi tau, [tapi lebih kepada] dia align-kan kita. Bila kita dah macam ni, kita akan jumpa orang yang macam kita jugak. Dia akan align sendiri macam mana kita punya fikiran dan idea, kecenderungan pada waktu tu. Sebab contohnya, kesinambungan daripada rally [Puncak Purnama] ni pulak, pada 2018 bila kita ada kerajaan baru, saya sempat curate satu show Democracy in Action (2019), kita compile most of the material yang kita gunakan waktu demonstration. Dan kita jugak jemput artis-artis di Asia Tenggara, mostly performance artist yang bawak isu tentang human rights. Contohnya, macam Arahmaiani, Zoncy. Zoncy bawak pasal isu military dekat Myanmar. Daripada Vietnam, ada juga performing artist, diorang ni twin tau. Tapi mereka pun sentuh pasal isu military jugak. Artis daripada Cambodia Anida [Yoeu Ali], dia refugee yang dibawak ke US so dia bawak isu-isu identiti semuanya. So ini saya rasa sangat penting untuk kita dokumentasi dari bentuk pameran seni lah. Maknanya, imej-imej daripada demonstrasi dan juga artis-artis yang cenderung kepada aktivisme.

Intan at the Solidariti Puncak Purnama protest in Kuala Lumpur.

Was there any precursor protest before Puncak Purnama? And then after that, did the Puncak Purnama protest then influence the involvement of visual artists in future protests?

Saya tak pasti tetapi before Puncak Purnama protest, takde protest yang artist-led. [The] first [time] terus boom, [jadi]. After that, yes, I saw visual artists being more involved. I think maybe because [they realised] becoming part of protests is not that bad [of a] thing. So after that, I tengok macam ada join BERSIH 5 apa semua. [It] gave them the [chance to] understand about their rights.

Bila Intan tengok balik apa yang Intan dah terlibat, apa yang Intan dah buat, adakah benda-benda ni memberi kesan terhadap diri Intan dan juga mungkin dari segi praktis Intan sendiri?

I think this is the way of the survival process. I think this is very important to me kalau saya letakkan diri saya as a mother. I have to do this because it’s not about me, it’s for my next generation, it’s for my daughter. What I’m doing right now is I’m just exercising my rights. Either buat ataupun tak buat, benda tu mesti ada kesan. So kalau saya tak buat pun dia ada kesan, baik saya buat. And I believe this is a good experience for me sebab mungkin saya sendiri ada latar belakang sebagai seorang seniman, so curiosity cukup tinggi dan untuk mendapatkan jawapan daripada setiap benda tu, saya memang kena [be] in the real situation. Sebab for me, art is only a medium. It’s nothing more than that. Yes, it can be [a] masterpiece but in my understanding and how I see my artwork, it’s a medium. And for a medium, I need a good [content/subject] and then apa benda yang saya nak sampaikan.

Di dalam eskpresi ataupun di dalam komunikasi, kita ada beberapa pilihan. Contohnya, [bila] kita menulis dan kita bercakap. Ekspresi adalah salah satu yang saya rasa kita kurang praktiskan dalam kehidupan sosial. Ekspresi mungkin berlaku dalam lakonan ataupun mungkin berlaku dalam satu situasi yang tertentu. Tetapi, bagaimana ekspresi ni kita nak gunakan [untuk memberi] impak kepada satu topik yang lebih besar. My explorations about my own body expression, I think it’s really important as [a] performance artist. How my body becomes the artwork, becomes a voice and medium to the public at the same time. Saya rasa impaknya berbeza lah.