Protes untuk mengekalkan tanah dan rumah mereka di Kampung Buah Pala adalah perjuangan yang penting untuk diingati. Ia adalah lambang pengusiran golongan miskin dan terpinggir untuk pembangunan swasta dengan keterlibatan kerajaan – melalui polis dan pihak berkuasa tempatan – yang mentakrifkan parti politik arus perdana kedua-dua pihak. Ia menonjolkan peranan NGO dan parti progresif seperti Parti Sosialis Malaysia dalam membantu protes ini. Malaysiakini membuat liputan secara meluas di saluran YouTube mereka.

Kami tertarik dengan penglibatan aunty dalam protest berkaitan dengan Kampung Buah Pala, Pulau Pinang. Jadi mungkin boleh kongsi sedikit latar belakang aunty lah dengan penglibatan dan sebagainya.

Saya memang berasal dari Kampung Buah Pala. Saya actually dalam Persatuan PSM Pulau Pinang. Lama juga lah saya duduk dalam PSM. Saya juga ada[lah] ahli dua NGO wanita. I am a para-counselor also. I was doing counselling for the youngsters; I mean the women lah. Then, I [was] also in the Buah Pala issue. I was there also but I was not in the committee, but I was one of them in the protest group lah.

Mungkin boleh kongsikan sedikit tentang sejarah Kampung Buah Pala?

Sejarah Kampung Buah Pala ni dulu ada pokok buah pala banyak. Pasal tu nama dia Kampung Buah Pala. Tempat kawasan ni, state government masa tu under Barisan, depa jual. Depa patut buat- ada satu tanah bagi kat depa, kalau tak salah dekat Dewan Sri Penang. Pasal tempat tu, depa nak ambik, tak boleh, depa juai [Kampung] Buah Pala punya tanah ni dekat developer. So, Kampung Buah Pala punya orang dulu, semua tak ada pelajaran punya orang. Orang dulu-dulu. 50, 60, 70 tahun, punya [orang]. Semua yang duduk sini masa time tu kan, ada 70 tahun, 80 tahun. Semua asal [daripada Kampung] Buah Pala. Habis depa ni semua tak tahu baca, tak tahu tulis, apa tak ada. Tapi kan, bila suruh sign apa, sign je lah. Sign saja macam tu. Habis, Kampung Buah Pela ni dijual dekat developer. 

Habis developer nak mai pecah rumah, kami semua tak tahu apa. Terkejut lah. Tapi bila tanya apa-apa semua, depa kata you kena kosongkan tempat, kami nak bagi rumah baru. Nak beri [rumah] flat 600 square feet. Cukup ke? Satu family tu kadang-kadang kalau dalam rumah tu, ada 3, 4 family. Semua besar-besar punya rumah. Tapi bila nak pecah, nak bagi 600 square feet, satu rumah saja. Kalau keluarga tu ada 4, 5 orang? Tak boleh. Satu saja. Yang 3 tu pergi duduk di luar. Mana boleh. Sebab tu orang tak agree. Lepas tu, depa dok panggil, suruh sign, banyak orang tak mau sign lah, tak agree dengan hal rumah tu. Lepas tu, depa ada jugak lah yang pergi sign tu. Dalam 10 orang macam tu. Masa nak pecah rumah punya time tu, depa mai banyak sampai tak mahu keluar, mogok, macam-macam lah. Sampai ada yang kena tangkap semua. 

Dalam PSM, Kris (Khaira), bapak dia lawyer. Bapak dia lah lawyer kami dulu. Habis, dia pun mai bawa surat, apa-apa semua. Aunty tak boleh buat apa. Dah pi [jadi] court case. Pi lawan kat court, pi sampai Putrajaya, pi lawan kat mahkamah. Last sekali, kami kalah. Dia suruh kami keluar juga. Tak ada choice. So, ada lah yang mana yang keluar mula-mula, group yang sign tu, depa bulan-bulan dapat duit. Satu bulan macam 1000. Yang mula-mula grup yang keluar tu. Lepas tu, depa dapat juga duit macam sagu hati. Macam 50,000-60,000 depa dapat. Kami yang last sekali tak mau sign punya group, last sekali lah yang keluar. Saya semua keluar last sekali punya. Habis, kami tak dapat apa. Suruh kami keluar, kata nak bagi rumah. Habis bila state government panggil bincang dengan kami, dia kata “apa yang hangpa mau?”. Kami kata “kami mahu rumah. Tak mau flat. Mau rumah”. Lepas tu, Guan Eng cakap “Okay. I cakap dengan development, I suruh bagi rumah kat you all”. Tu lah yang dapat rumah ni.

Tahun bila tu? Yang start bila dapat tahu ura-ura nak kata evict kampung apa semua tu.

Lama dah. Dah 15 tahun dah. I duduk sini pun, 2011 I mai sini. Masuk rumah ni tahun 2011. Before tu, 3, 4 years, dok gaduh. Berlawan-lawan, mai pecah rumah. Rumah kosong, depa Nampak, depa pecah. Macam [kalau] rumah tu tak ada orang, depa keluar ke, pi mana-mana, depa pi pecah rumah tu. 

Itu tahun 2009 lah? [Yang] kebanyakan jadi lagu tu.

2009, 2010, macam tu lah. Dalam keadaan time tu lah. Depa pulak ada informer kat sini. Ada dok bagi[tau] kata rumah ni kosong, rumah ni tak ada orang, apa semua. Sampai rumah saya pun. Saya masa tu kerja dekat Batu Ferringhi, Telok Bahang. Saya kerja sana. Saya punya nephew duduk sini. Pasal saya kerja, saya duduk 3, 4 hari, baru saya balik. So, I punya nephew duduk sana, nasib baik I tukar alamat nephew I bagi alamat rumah I. I bawak dia pi, tukar IC dia semua, bubuh alamat rumah I. Ada orang bagi information, I tak ada dalam rumah. Depa nak pecah rumah I. Mai-mai tengok, I punya nephew ada. Depa kata you bukan orang sini. Mai IC, I nak check. Check-check, alamat ni. Tak boleh buat apa lah. 

Lepas tu nephew I lari mai telefon I. I kata sat, I nak mai rumah. Nak tengok siapa nak pecah rumah. Rumah I bukan tak ada orang. Ada orang, ada barang semua dalam rumah, nak pecah apa? I tak boleh keluar pi mana pulak. I kena [sentiasa] duduk sini juga ke? I tak usah pi kerja I? Nanti sat, I nak mai, I kata. I mai-mai, depa tak ada dah. Developer semua tu dah pi dah. Dia bawa gangster mai pecah rumah semua. Tengok rumah kosong saja, pecah. Developer punya kerja lah, ini semua. Masa tu duk lawan lagi lah. Last sekali, kalah lah. Banyak orang sedih lah kan [sebab] kalah. No choice, kena keluar juga lah. 

Pasal masa kami kalah, dia nak mai pecah rumah, kami tak mahu bagi depa masuk nak pecah, saya pun ambil kereta, I bubuh kereta I [dekat] tengah-tengah tu, I tak bagi depa masuk. Masa tu lah bapak Kris pun kena tangkap. Banyak orang kena tangkap. I kata kat [my] niece, “jangan pi sana. diri kat hujung ni.”, pasal depa simply tangkap orang. Tangkap semua masuk dalam truck polis tu. Depa tak peduli. You just berdiri sana pun, kena tangkap jugak. Tapi I jauh lah kan. Tu I panggil I punya niece. Tapi banyak orang kena tangkap. Depa dok telepon “eh, you kena tangkap ke?”. “Tak ada lah. I duduk jauh-jauh lah”.

Waktu tu, berapa ramai di Kampung Buah Pala?

Masa mula-mula tu dalam 30 lebih rumah jugak lah. 1 rumah ada 3-4 keluarga. Tapi depa kata satu rumah, ganti satu rumah saja. Rumah ni pun serupa juga. Satu rumah ganti satu rumah, tak boleh bagi 2, 3 biji. Ada berapa family pun tak peduli. Last sekali, dalam 8-10 family memang tak sign langsung dah. I last sekali baru I sign. Lepas tu Chon Kai panggil I, Chon Kai kata “Aunty, memang [Kampung Buah Pala] tak boleh buat apa dah.”. Dia kata, “Pi sign. At least you can get 1 house. Kalau tak, yang tu pun hang tak dapat nanti.”. Chris pun habak kat I, “You jangan diri dengan depa. Memang tak boleh buat apa dah. [Kampung] Buah Pala punya issue memang difficult already. Cannot do anything. You better go and sign.”. So, I pergi sign. I’m the last person to sign lah. 

Lepas tu, depa tanya bila I nak keluar. “Tak apa lah, Dah sign, I keluar lah.”, I kata. Lepas tu I ambik barang I semua, I keluar. Depa main pecah rumah I, sebelum I keluar lagi. Depa kata, “sikit kena katok jugak”. Depa katok dekat belakang rumah I. I kata jangan. I feel like my mother, this house. Bila ketok, mata I menangis. Gambar [dalam] [news]paper Cina keluar. Depa kata “eh, gambar hang dalam [news]paper Cina”. I kata “Jangan buat depan I. I tak mau. I dah tak dak sini, you katok tak pa. Jangan depan I. You jangan buat.”. Tu depa kata “Tak pa, tak pa. I respect you, I tak ketuk. I ketuk sikit saja.”. Besok I tak da, habis terus semua. And then, I keluar daripada tempat ni lah. Yang lagi 12 orang tu, kesian depa, tak dapat apa.

Tapi depa dah pindah?

Dah pecah rumah semua, nak duduk macam mana? No choice dah.

Tapi depa pindah di pulau ke pindah keluar?

Dak, ada lah. Baru-baru ni depa dapat rumah dekat Telok Air Tawar. Depa dapat seorang, 2 biji rumah. Actually, dalam tu, 15 biji rumah kena bagi kat kami yang mula-mula. Kan MIC bincang mula-mula tu, janji nak bagi 24 biji rumah. Pasal lambat sampai semua keluar-keluar tinggal 24 rumah. Tapi 24 rumah tu yang tak mau sign tu lah. 15 [orang] sign, lagi 8-9 [orang yang] tak mau sign tu, pastu depa nak pergi sign, state government tak mau bagi. Depa tak mahu bagi depa masuk dalam kawasan Komtar. Sebut nama Buah Pala saja, tak bagi masuk. Habis depa got no choice lah. Depa pun pi banyak kali minta maaf lah kami- protest ni memang normal punya apa. Tapi depa pun over the limit jugak lah. Lepas tu, berapa kali pi mintak-mintak, tak mau bagi. 

Lepas tu, I pi cakap on behalf of them, I pun kena maki, semua. I pun kena marah sama. Masa I kena marah tu, semua orang senyap. I seorang yang cakap. Sampai I punya brother kata “Hang cakap untuk semua orang, siapa support hang?”, tarik tangan I, [cakap] “jom balik”. I mintalah. I kata “You bagi 15 family ni, ikut state government. Tapi, 5 dia tak dapat”. State government tak bagi. Depa yang pi ikut developer, depa dapat sebulan, seribu. Lagi dapat duit poket pulak 40,000-50,000 [ringgit]. Kami 15 family, apa pun tak dak. 

So, I tanya lah “Bila I nak dapat rumah?”. I kena marah pulak. [Diaorang] kata “You don’t talk. You signed last.”. Habis, I kata, “I’m talking [about] my rights. It’s my right, I’m asking you.”, I kata macam tu. I punya kawan sorang lagi kata “She’s not wrong.”. Lepas tu kan, I kata “I’m talking for my rights. I don’t care about others’. My rights, I’m asking.”. Pastu I kata “You tengok ni semua. Semua orang tua, umur 70-85 [tahun]. Boleh pergi kerja ke?”, I tanya. “Boleh ke dapat gaji bulan-bulan? Sewa semua bukan murah, 700-1,000 [ringgit] macam tu. Mana nak pi cari duit? Habis, kata nak bagi rumah. Rumah tak siap lagi. At least bagi lah duit ke apa-apa sikit.”. 

Lepas tu, tak tahu depa bincang dengan state ke apa, telepon, panggil semua orang pi, bagi sorang 500 [ringgit]. Pasal I lawan dengan depa balik. Keluar lah [dalam news]paper. Adik I punya takut, tarik [news]paper, lari [ke I, cakap] “Kakak, you punya gaduh tu keluar dalam [news]paper. Tak bubuh nama lah, tapi keluaq.” “Kita tak dapat rumah ke?”. “Pasai pa tak dapat rumah? Depa berani ambik rumah aku?”, I kata. “I tak buat salah apa-apa. I tak boleh bukak mulut, suara, langsung kah? Nak Tarik rumah I pulak. You don’t worry lah.”, I kata. 

Lepas tu, tunggu lah siap rumah ni, depa bagi rumah ni lah. Depa buat [Kampung] Buah Pala punya committee pun, depa tak mau I masuk dalam committee. Lepas tu, I kata lah “kalau nanti buat committee, panggil I masuk committee.”. Buat committee, tak panggil I. Committee start, depa punya group saja. Lepas tu, I tengok dalam surat khabaq, ada committee, dah start dah. Lepas tu, I lari pi tanya kat kawan tu: “Eh, hangpa buat meeting panggil committee, awat tak panggil aku?”. “So and so said, don’t call you.”.

Depa dah mark dah. Penglibatan aunty tu, bahaya lah.

Tinggi punya pangkat punya orang, nombor 2 punya orang lah, “Don’t call you.”. I kata “Ha? Don’t call me? I’m a member here, what.”. Dia kata “Yeah, buat dia kata jangan bubuh you dalam committee.”. Tapi lagi I tanya, “Dak aih, I tak kata pun macam tu?”. Tu depa semua dapat rumah corner house, semua yang geng dia sana lah. Corner house tu besaq sikit lah semua.

Sebab depa dah sign awal?

Bukan sign awai saja. Depa ni state government punya orang. So, I tak peduli lah. So, I dapat rumah tengah-tengah ni lah. 

Jadi, sebenarnya Kampung Buah Pala ni, kira besaq ni lah?

No, no. Sampai hujung. Besar… Pulse tu dan Oasis, semua [Kampung] Buah Pala. Sini kampung nombor 1, sana kampung nombor 2. Oasis tu Kampung Buah Pala jugak. Yang Pals tu, sampai dewan belakang tu, semua [Kampung] Buah Pala. Besaq. Satu rumah, semua, rumah I pun, 54,000 square feet. Besar kampung I. I ada pokok durian lah, pokok rambutan, manggis, semua I ada. Rumah I pun 8 bilik.

Ya lah, waktu tu ramai family duduk sekali.

Betul. Semua orang kat sini. Semua 4-5 bilik. Ada orang bela lembu, ada kandang lembu. Dulu, saya pun bela kambing.

Di Pulau Pinang, ada kampung-kampung lain yang nak kena runtuh jugak rumah?

Masa [Kampung] Buah Pala punya isu, tak ada kampung lain.

Jadi depa lah yang beli tanah ni? Kira diberi oleh kerajaan negeri.

Kami kena tipu lah. Di sini [Kampung] Buah Pala pun, ada satu committee. Tapi lepas tu, I dengar depa pun geng dengan developer pulak. Macam kita ni jadi orang bodoh, tau tak? Kita ni lawan betul-betul dengan depa, tapi depa main belakang kita.

Jadi, waktu awal-awal bila aunty kata orang dah nak mai runtuh, apa semua tu, waktu tu dah ada MPKK? MPKK tu dah ada ke, atau sebelum tu?

Masa tu tak dak lagi. [Kalau] ada pun, I semua tak involve lagi dalam tu. Tapi I PSM, PSM turun. Depa mai duduk rumah I. Pagi-pagi yang depa nak mai roboh rumah, PSM punya orang semua turun. Semua pi dekat sana, pi buat barricade.

Jadi, waktu bila nak buat barricade, aunty sendiri terlibat lah?

Saya pun, pasal saya dalam PSM. Depa mai pun untuk saya, PSM punya orang, pasal saya ahli PSM dari sebelum isu Kampung Buah Pala ni.

Jadi macam mana penglibatan aunty sendiri? Tau tentang PSM, dan sebagainya tu, melalui apa? Memang aunty ni orang yang terlibat [dalam] politik?

Setengah politik, setengah NGO lah. Memang saya daripada kecik-kecik, saya aktif punya orang. Bapak saya pun polis. So, bapak saya selalu encourage saya. Saya memang masuk dalam NGO wanita ni pun lama. Masa dia orang baru start tu, I masuk. 

Jadi, kesedaran politik aunty pun dah lama lah? Memang dah tau dah pasal isu, apa semua.

Ya, saya tau. Habis tu, bila nak jadi isu kat sini, saya bagitau PSM punya orang. Lepas tu, masa yang depa nak roboh tu, kata esok depa nak roboh, hari ni semua turun. PSM punya orang daripada KL, semua turun mai. Depa duduk rumah I, lepas tu nest day tu semua keluar pergi lah. Depa duduk pun 2 hari rumah I, pasal rumah nak roboh, kan? Hari ni kata nak mai, tak mai. Lepas tu, tunggu next day. Lepas tu, tak ada apa isu, depa balik lah. Dr. Jeyakumar dia pun turun mai discuss. Kampung ni punya orang pun, I pun tak tau nak kata lah. Depa pi tunggu depan rumah Najib, nak jumpa Najib. Tapi 1 minggu duduk depan rumah Najib, tak boleh jumpa Najib. Boleh percaya ka? Depa kata depa pi rumah Najib, nak jumpa Najib, nak cakap dengan Najib. Bila I telepon, “ni macam mana?” (I tak sign lagi masa tu), belum jumpa Najib. “Pagi-pagi kami dah bangkit, tunggu, Najib dah keluar dah. sat tunggu Najib balik mai.”. Sat lagi telepon pulak, “Apa jadi?”, “Ha, tak boleh jumpa dia.”. Apa ni? Last-last sekali, I kata no lah, mengarut. Lepas Chon Kai panggil I, Chon Kai kata “Aunty, you better go and sign. If not, semua nanti hilang.”. So, I pergi sign lah. At least I dengar.

Tadi bila aunty ada kongsi pasal buat barricade depan polis, waktu tu first time lah aunty memang duduk depan dengan tractor, apa semua? Atau sebelum tu pernah juga mungkin dengan PSM ke apa?

Tak pernah. Dengar-dengar ada lah. [Tu] first time.

Tapi macam bila aunty sebut pasal terlibat dengan PSM tu, aunty ada support macam apa-apa protest berkaitan PSM? Di mana, kalau aunty boleh kongsi?

I biasa pergi kampung dekat Butterworth tu. Nama kampung I tak ingat. Sekali tu, protest dekat balai Bukit Jelutong ni, yang tu isu apa, I tak ingat. Tapi PSM, diaorang protest, I pergi lah. Berdiri dekat luar sana, dok pegang [placard]. Adik I lalu-lalu, terkejut tengok. Ni apa dia ni dok buat sini? Polis mai hambat kami semua. 

Ha… [Kampung] Buah Pala punya isu, apa [yang] jadi, dalam committee punya orang tu, 2-3 orang kena tangkap. Depa bawak depa pi masuk balai. Balai Jelutong. Pastu depa ni pi telepon, habak kat I, pergi berdiri sana lah untuk support. Macam tu lah.

Jadi, yang waktu buat blockade, memang waktu tu dah bincang dengan PSM lah macam mana nak buat? MPKK pun setuju apa semua?

First day kan depa mai discuss. Lepas tu ada [Kampung] Buah Pala punya committee, discuss dengan depa apa semua. The next day baru buat.

Yang barricade tu kira semua orang kampung setuju untuk berbaris depan? Berapa ramai waktu tu? Mungkin boleh cerita sikit keadaan macam mana waktu?

Orang luar banyak mai. Kami sini 20-30 rumah saja. Dekat 100 lebih [orang]. Orang luar banyak. Daripada KL semua turun. 

Jadi waktu tu berapa lama duduk di kawasan tu supaya depa tak masuk? Keadaan waktu tu lah, kalau aunty boleh cerita?

Polis FRU, dia dok pukul semua orang. Kami dok berdiri, dia dok pukul-pukul. Ada lagu Hindu satu. Depa bubuh lagu tu je, kena tangkap.

Oh, lagu apa tu?

Dah lupa dah nama. Bubuh lagu tu, semua orang nanti semangat. Dulu tiap-tiap hari [Kampung] Buah Pala nyanyi lagu tu. Masa protest-protest, lag tu mesti ada punya. Lagu ni fighting for the rights punya. Tapi I tak boleh recall lagu tu.

Oh, dia pasang lagu tu, pastu semua orang dok berbaris… tapi FRU, polis, apa semua, waktu tu, memang tangkap ikut dan lah?

Masa yang depa tangkap tu, depa tarik-tarik, siapa dapat tangan depa, semua masuk dalam. Tapi masa tu I lari mai tengok sini, I takut depa masuk ikut sini. Rumah I hujung. Selalunya depa masuk ikut belakang, mana tau kan? I cepat-cepat ambil kereta I, bubuh tengah-tengah. Depa tak boleh masuk. Masuk jalan boleh lah, tapi nak kata kereta ke, tractor ke, tak boleh lah. Dah bubuh tu, I lari lagi pi, banyak dah kena tangkap.

Berapa ramai waktu tu kalau ingat?

Oh, banyak yang kena tangkap. Tapi yang tak dapat tangkap, lari punya pun ada lah. Kena tangkap tu mungkin dalam 10-15 orang. Macam umur 20-30 [tahun]. Perempuan, lelaki, semua kena tangkap.

Jadi, penglibatan perempuan pun agak banyak lah dalam gerakan?

Tapi masa tahun tu, MPKK ada, tapi masa tu, saya semua tak involve dalam MPKK. Saya involve dalam MPKK pun tahun 2015. Lepas mai rumah ni, baru I involve.

Jadi, PSM, lepas daripada protest tu, memang terlibat secara terus lah? Maksudnya, dari segi-

Saya memang member PSM, daripada dulu sampai sekarang. Tapi saya tak aktif sekarang lah, pasal I kerja 9 jam. I nak bersiap lagi satu jam. I kira 12 jam melayang. I balik mai, malam I nak tidur. I kata “Sorry lah, Chon Kai. I cannot.”. Dia kata “Tak pa lah. Bila you senang, You boleh [datang].”. Now, I think I will go back to PSM. Because I’m retired already.

Tapi lepas isu tu, ada orang kampung yang join PSM? Tak ada? Oh, okay.

All already pecah semua pi merata already lah. Merata depa pi duduk. Tak duduk sini. Merata depa pi.

Jadi, lepas daripada Kampung Buah Pala ni, ada kes di tempat lain jugak? Yang tolak orang keluaq daripada kampung depa, yang aunty tau.

I tak banyak involve dah lepas tu. Saya tak banyak involve dah pasai I pergi kerja. I tak ada masa dah. I cannot adjust myself. Very difficult. Saturday, Sunday, pun kerja. Tapi macam I cuti kalau depa buat protest macam [untuk] election, I pergi tolong. Last time, 2008 punya election pun I pi tolong. Yang hari tu 2013 pun, I pi tolong. Tahun ni I tak pi. Pasal lutut sakit. Tak boleh jalan masa tu. I pakai tongkat [untuk] jalan.

Berbalik kepada waktu situasi tu, dia daripada pagi sampai ke malam lah, kira orang buat blockade tu? Atau macam mana?

Sat saja. Lepas tu ada lah YB mana tah mai discuss dengan depa, depa kata “Okay. Tinggal lah.”. depa balik lah. Bagi can lagi satu minggu suruh keluaq. Masa yang last sekali, siapa pun tak mau mai. I pun telepon, panggil 2-3 YB, YB tu semua tak mau mai. Depa kata “No lah. Cannot come. Not free. Sorry.”. Masa tu yang depa kena tangkap, yang kena bawak pi balai tu semua.

Waktu di mana? Di pejabat ke? Atau di mana?

Sini, di kampung. I telepon YB, I kata “Mai lah sat tolong, cakap dengan developer.”. “Sorry lah, Aunty, I cannot come. I have to respect my senior. They never allowed me.”.

Jadi memang orang kampung punya semangat lah yang menyebabkan-

Last sekali tak ada choice kan? Yang luar-luar mai punya ada lah few, orang pun dah kurang dah masa tu. Berapa kali dah jadi macam tu, kan? Masa tu lah yang kena tangkap masuk dalam trak. Yang last punya lah. Orang Kampung Buah Pala pun ketegaq tak mau keluaq.

Macam aunty sendiri, waktu tu, ada orang lain yang macam sama ketegaq jugak ke? Ada 10-15 orang tu lah, yang tak mau sign tu?

Saya last sekali sign.

Yang lain tu, le ni, depa ada lah di sini jugak?

Depa tak dak sini dah. I ingat dalam 9 orang, tak dapat rumah langsung. Depa dapat dekat Telok Air Tawar.

Tadi aunty ada cerita macam tak nak orang tu runtuh rumah depan aunty sendiri tu, lepas tu depa buat lah?

I kata “I tak ada sini, you buat. Nanti I balik dulu. Jangan buat depan mata I.”

Tapi lepas tu aunty ada pi balik tempat tu?

Ya, ya. Tengok lah. Rata dah. Barang semua I dah ambik dah.

Lepas daripada depa runtuh tu, depa pindah ke mana? Aunty pindah ke mana?

I pergi sewa [rumah] flat. Dekat Sungai Nibong. I dok sana… I ingat I pergi sana 2009 ke 2008. Lepas tu I duduk sampai 2011.

Jadi, le ni, di rumah ni, kira pemilikan dah ada lah? Dah ada title, apa semua lah?

Baru dapat lah. Nama, semua, depa tukar, bagi dah lah. 13 tahun jugak lah. Lama jugak.

Jadi, kalau ikut tadi bila aunty sebut tu, macam banyak generasi tinggal di Kampung Buah Pala. Le ni, di sini pun aunty ada lah duduk dengan anak-anak, apa semua lah?

Ada, ada. Banyak yang tua-tua, semua dah mati dah. [Yang] tinggal pun, anak [dan] cucu depa yang duduk sini lagi.

Jadi, ada ke orang yang lepas depa kena pindah semua, depa still mai tengok-tengok?

Depa tak mau mai langsung. Yang keluaq tu, 9 rumah tu, depa tu yang tak bagi state government sign depa. Depa pulak dapat 2 biji rumah sana. I tak pernah nampak depa kat sini. I x pernah nampak depa mai. Ada lah family depa kat sini. Macam kot-kot kenduri-kenduri depa mai lah. Raya depa tak mai. Kenduri depa mai.

Jadi waktu yang MPKK tadi, aunty ada sebut macam ada orang yang tak mau terlibat, ada orang yang terlibat. Lepas tu, ada yang “Oh, ni jangan kita panggil depa. Sebab depa ni kira orang jahat.”, macam tu lah. Kira macam mana aunty tengok waktu tu? Memang orang kampung pun depa semua ada pandangan masing-masing jugak lah pasal isu ni. Dan macam mana waktu tu aunty sendiri tengok isu tu?

Yang masa tu kan, semua orang nak lawan pasal mau rumah mau kampung tu balik. Kebanyakan tu kan, depa kata depa nak kampung tu balik. Nak duduk dalam kampung. Tak mau rumah [flat], [nak] rumah kampung jugak. Ada lah satu family tu, dia tu macam penghulu kat kampung ni. Semua orang respect dia lah. Dia punya umur masa tu pun 90 lebih [tahun]. Dia sampai duduk, tak mau keluar, mau kampung. Lawan untuk kampung jugak. Tapi depa dok lawan nak kampung saja, tapi depa tak pikir- tak ada choice dah, pasal kampung ni dah kena juai dah. Tak boleh buat apa. Developer dah beli dah. Takkan dia dah beli, dia nak bagi free dekat kita? Yang buat tu state government. 

Yang masa 2008 election habis, tau lah DAP dah menang, semua seronok sangat, apa benda yang depa sign, depa tak tau, depa pi sign je. Habis nak buat macam mana? Tak boleh buat apa. Habis dia nak balas balik, dia lawan lah bagi kami double story punya [rumah]. Kami mahu double story house, kami tak mau duduk dalam [rumah] flat. Kami tak biasa duduk [rumah] flat, kami tak mau. Tu Guan Eng kata “Tak pa. pergi cakap dekat developer, suruh bagi hangpa double story punya rumah. 

Dia kena pujuk jugak orang kampung ni, suruh ambik. Habis tu, okay, kami terima, tapi bagi double storey house. Kami tak mau [rumah] flat. Nak bagi 600 square feet tu apa boleh buat? Berapa orang boleh duduk dalam rumah tu? Bilik kecik-kecik macam sarang tebuan punya bilik. Kami kata tak mau. Lepas tu, dia kata okay, 1,200 square feet double storey house.

Tapi tu lah, berapa lama lah lawan tu kan? Jadi macam aunty sendiri, bila terlibat dengan rumah kena runtuh, aunty rasa macam mana waktu [tu]? Maksudnya, kepada diri aunty sendiri lah, adakah aunty rasa macam makin berani, tau pasal hak aunty sendiri? Aunty rasa macam mana, along the way, perasaan aunty?

Bila tahu pasal hak sendiri pun, tak boleh buat apa. I satu orang, bukan boleh lawan. Kalau orang semua sekali, satu hati, memang hidup-hidup boleh lawan balik. Tapi sini pun, tadi kan i kata kat you, depa ada yang ikut belakang, campuq dengan developer, ambik duit kat developer. Yang kita ni jadi bodoh dok lawan, dok tengkaq. Developer dengan group tu ada meeting dekat kampungku. You rasa macam mana? Sedih dengar. Rumah I actually tak payah runtuh. Depa cucuk I, depa kata tak usah keluaq. Tapi I pun pikiaq balik. Kata lah aku tak mau keluar, depa bawak tractor, ayaq selut semua masuk rumah I. 

Adik I kata “Hang pikiaq betul-betul.”. Ramasamy pun kata kat I, “Aunty, hang pikiaq betul-betul. Memang rumah hang tak effect. Tapi kalau hang tak mau keluaq lagi, last sekali, depa nak bagi rata tanah semua, ayaq selut semua masuk rumah hang. Berapa lama hang nak berdiri depan depa? Hang tak payah pi kerja ke? Hang nak bertengkar dengan depa, hang seorang tau. Bukan 2-3 rumah tau. Satu rumah saja. Hang pikiaq dulu.”. Pastu adik I kata, “Semua orang sign, hang pun sign lah.”. Developer kata kat I, “You tak sign hari ni, you mai balik lagi sekali, I tak bagi kat you double storey house. I bagi rumah ganti, tapi I bagi [rumah] flat kat you.”. Pastu I pikiaq-pikiaq, semua orang dah sign, aku sorang buat apa? Kalau jadi apa-apa, I ada at least 15 orang lagi nak fight dengan I. So, I join dengan depa lah.

Sebab aunty kata kerja waktu tu kan, orang di pejabat tahu lah aunty berdepan dengan keadaan macam ni?

I tak bagitahu. Bahaya. Masa I cuti, nanti I pergi berdiri sana. Masa tu I kerja dan dia bagi cuti bulan 7 sampai bulan 8, [dalam] 1½ -2 bulan. So, masa time tu lah yang jadi ni. So, I memang dengan depa. Tu last sekali masa I nak sign tu, memang sekolah nak buka dah. I kena pi kerja. I tak boleh unnecessary ambik cuti. Kan depa ni pergi duduk depan rumah Najib tu, I dok telepon tanya “what happened?” tip-tiap hari, jawapan serupa. Tak ada jawapan lain. Lepas tu, I kata no choice lah. Pasal I nak pi kerja dah. I tak boleh tunggu depa. I pi sign. Tapi depa marah kat I lah, pasal I sign. Lepas tu, [depa] tolak I daripada group. “You tak boleh join group kami dah, pasal hang sign.”.

Maksudnya group yang pi duduk depan rumah Najib tu, yang tak sign lah? Yang tu berapa orang?

9 family. Tapi yang tu 9 orang lah, [sebagai] wakil. Depa tak mau sign.

Source: mStar

Jadi untuk ambik keputusan, dekat pi depan rumah Najib tu, kira sebelum sign tu, semua orang pi-

Committee depa decide depa nak pi jumpa Najib. Tapi depa kutip duit bulan-bulan kat kami. Lepas tu pi jumpa Rosmah punya kawan lah, konon. Semua pembohong punya. Hari tu Jeyakumar dengan Arul mai, depa tak pi jumpa Jeyakumar dengan Arul, depa pi jumpa dia tu, kata dia tu nak tolong. Depa ni pun marah jugak lah, Arul dengan Jeyakumar marah, pasal depa mai all the way nak jumpa, nak tolong [Kampung] Buah Pala punya orang, siapa pun tak ada. 

Aunty ada habaq DAP pun baru dapat kuasa waktu tu. Selain daripada YB, ada ke ahli-ahli biasa yang sebenarnya rasa macam ada simpati, ada rasa kesian, ada rasa nak bersama dengan orang Kampung Buah Pala, yang main jugak duduk? Ataupun depa macam “tak ada apa lah kita”?

Depa tak berani. Orang DAP tak berani. Depa mai berdiri tengok, macam tu lah. Ramachandran ada mai berdiri, pegang tangan. I kenal dia lama, daripada dia kerja kat kilang dulu.

Jadi waktu yang terlibat dengan MPKK tu, kebanyakan memang orang kampung- yang macam aunty kata lah, bekerja macam-macam jugak lah?

MPKK tu kira macam orang dalam kawasan sini lah. 2 daripada [Kampung] Buah Pala, 2 daripada Lengkok Bawah, 2 daripada Jalan Bunga Raya, macam tu. Semua satu group, tiap-tiap bulan, kita jumpa lah. Kita buat lah aktiviti apa-apa semua.

Contoh aktiviti [tu] macam mana?

Kami ada buat Hari Wanita. Macam baru-baru ni, buat Hari Deepavali. Bagi lah macam hamper dekat B40 punya family.

Sebab menarik jugak lah, kira peranan MPKK tu sebagai kesatuan penduduk di sini.

Baru-baru ni I panggil MPPK semua sebab air naik kat sini. So, I panggil MPKK punya [ahli], seorang. I panggil dia, suruh JKR punya orang mai tengok. Kelmarin, orang JKR mai tengok, dia kata bukan kawasan dia. Depa kata developer kena buat. So, developer belum handover lagi dekat kami. Habis tu, I kata dekat dia, “Suruh developer habis semua, settle, lepas tu suruh handover.”.

Kalau macam waktu Kampung Buah Pala dulu, yang macam aunty kata ada naik ayaq, dulu ada ke macam tu? Ke sebab pembangunan tu yang menyebabkan ayaq naik?

Pembangunan. Dak, pasal apa, atas tu, depa buat cincai. Memang lah bagi double storey punya rumah, [tapi] semua pun bocor lah, leaking lah, semua ada. Bukan dia bagi betul-betul solid punya rumah kat kita. Banyak repair. Parit tu pun, sana tinggi, sini rendah. Bila hujan, ayaq semua turun ikut sini, bukan ayaq pi kat sana. 

Jadi maksudnya, terjadi lagi lah isu tu sentiasa ada…

Tu lah kelmarin, I telepon YB punya office. Kami tak mau terima, selagi hang tak repair.

Saya ada dua soalan lah sebelum habis. Aunty ada sebut  tadi kadang-kadang orang luar, mungkin gangster, yang macam cuba cucuk-cucuk masa dalam kampung. Macam mana waktu tu? Ada ke-

Bukan, gangster yang I kata tu, developer bawak mai. Developer bawak mai dia punya geng, bukan orang kampung punya. Developer bawak mai dia punya gangster, nak runtuh rumah, pasal kita lawan dia balik, habis dia bawak gangster dia mai.

Macam polis, depa ada jugak lah main peranan waktu tu?

Polis mai berdiri, tengok, jaga, macam tu je. Yang tangkap masuk dalam truck semua tu, polis lah, FRU.

Jadi waktu tu yang dengan gangster daripada luaq tu, orang kampung memang lawan lah? Walaupun depa ada yang kena pukui ke, macam mana?

Gangster tu mai nak pecah rumah, Tapi masa yang officially depa habaq kata nak mai pecah [rumah] bawak tractor semua, masa tu FRU yang mai. 2-3 lori FRU mai, berdiri sana, dekat 100-200 orang FRU dengan orang kat sini. Sana FRU, sini orang kampung. Macam tu lah. 

Kami ada buat interview jugak macam ni lah, ada orang kena runtuh kampung di KL. Tu depa tau ni kampung orang Cina, dia bubuh gangster Melayu. Kalau di sini, yang gangster tu orang apa, biasa depa mai?

Depa developer Cina, dia bawak gangster Cina. Dia tak ada kata ni Hindu punya family, nak bawak [gangster] Cina ke, Melayu ke. Dia bawak dia punya geng saja. Tengok badan semua pun takut lah. Tapi depa mai bagi takut-takut saja lah.

Tadi kita sebut pasal ada peguam yang terlibat. Waktu tu daripada peringkat awal lagi dia dah terlibat lah?

Mula tu, Rayer yang ambik kes kami. Lepas tu, bila bapak Khaira mai masuk, dia kata nak buat free. Lepas tu, Rayer angin lah, Rayer tak mau tolong dah. lepas tu, lagi satu lawyer, dia pun ambik kes kami jugak. Lepas, tu bila bapak Khaira mai, depa semua bagi balik fail dekat bapak Khaira, depa semua lepas tangan.

Since you work so closely with PSM, did they share a particular case of a similar situation elsewhere? Did they teach you certain tactics? Did they teach you certain strategies to fight off the developer?

Ada lah masa tu. Because PSM punya orang banyak involved dalam macam ni punya isu. So, masa [this] happened in [Kampung] Buah Pala, depa mai awal satu hari. Then, depa bincang, depa habaq lah kena buat macam ni, macam ni.

Aunty rasa kalau semua kampung solidarity together, do you think you would be able to have more like bargaining dengan developer dan state government?

If we have joined together, maybe that day we can still save the kampung. But in that group also break already. At the back, talking with the developer. In front of us, saying they are against the developer. They are not honest.

But they’re still here, right? They live here also, right?

That 9 people [are] not here. They never get the house, never get anything. Got lah 1 or 2 [people who] stay here, at the back. They bought the house there.

Pada aunty sendiri, lepas melalui macam-macam, lepas berapa belas tahun, apa benda yang aunty boleh belajar, ataupun tengok balik benda ni, apa yang beri kesan kepada aunti lah, secara peribadi?

I don’t know what to say. But it’s a lesson for me. I belajar lah. At least next time kalau I nampak kes macam ni jadi, I tahu lah. Tell them what to do, [bagi] advice.