Abdul Muqit Muhammad merupakan bekas aktivis mahasiswa Universiti Malaya dan kini, pensyarah di Akademi Pengajian Melayu di alma mater-nya itu serta Pengerusi Liga Rakyat Demokratik. Bermula aktif sedari 2011, gerakan aktivisme mahasiswa sekaligus merekah kesedaran politik yang cukup memperkayakan perspektif hidupnya. Lewat wawancara ini, beliau berkongsi dengan kita “pintu masuk” aktivismenya yang bermula dari isu tanah, politik gerakan Islam di kampus sehinggalah ruang-ruang protes di sekitar UM yang cukup menggelorakan.

Boleh berkongsi sedikit sebanyak tentang latar belakang dalam pergerakan?

Kalau ikut latar belakang, kemasukan ke Universiti Malaya (UM) ni tahun 2011. Sebelum masuk UM tu, ada satu isu masa tu. Isu(nya) bukan dekat UM, isu tu dekat Universiti Putra Malaysia (UPM). Isu tentang pintu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UPM kena pecah. (Ada) proteslah, protes student, Pro-Mahasiswa. Yang gerakkan tu, Tarmizi Anuwar. Dia senior lagi lah. Tapi kita tengok berita dekat TV “Ish, apa benda diaorang ni?”.

Masa tu kita tak involve. Kita tak tau apa pun. Tapi lepas daripada tu, kita sendiri masuk UM, baru kita start kenallah sedikit sebanyak tentang aktivisme kampus ni. Tapi masuk tu pun, bukan masuk secara sedar, kita masuk secara kebetulan jugak sebenarnya. Jadi macam kalau dekat UM ni, kalau ikut latar belakanglah, pernah involve dengan Persatuan Bahasa Melayu UM (PBMUM). Lepas tu jadi Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPPUM). (Dalam) tahun sama ni, jadi MPP dengan presiden PBMUM. Lepas tu baru pergi final year, (jadi) pengerusi Pro-M, Pro-Mahasiswa UM dengan pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional.

Masa masuk (tu), aku dah baca buku pasal PBMUM. Kita dah tahu sikitlah tentang PBMUM. Anwar Ibrahim, apa semua tu, (ada) sejarah besarlah PBMUM. Jadi bila masuk sini, kita cari PBMUM. “Mana PBMUM ni?”. Tak jumpa PBMUM. Yang masa tu ada Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), ada Penggerak Mahasiswa, ada Pro-Mahasiswa, itu je. Yang lain-lain tak ada. Persatuan yang biasa-biasa ni, tak ada. Jadi bila masuk sini, tanya-tanya senior, senior kata ada PBMUM ada lagi, tapi tak seaktif dululah. Saya masuk sini sebab saya memang cari PBMUM. Tapi PBMUM memang tak aktif masa tu. Jadi, kita tak apa lah tak aktif, tapi (tetap) kita terlibat dengan PBMUM. Lepas tu, dipilih untuk jadi Presiden. Tapi kita tak boleh buat banyak lah sebab nak membina gerakan ni susah, dia tak senang. Kita nak bina balik gerakan yang dah tenggelam, kita nak angkat balik, susah. Jadi masa tu, saya kena pergi kepada persatuan atau pergerakan yang sudah established.

Masa tu yang dah established, PMIUM lah. Jadi PMIUM ni, dia kira under PAS masa tu. Kalau gabungan mahasiswa peringkat nasional tu (bawah) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS). Dan semua ni bergabung, bernaung bawah PAS, masa tu. Jadi seluruh kampus tu, dia ada cawangan-cawangan dia lah. Jadi kat situ, kita dah bina networking. Cuma PMIUM beza sikit. Walaupun kita kata kita ni dikaderkan sebagai ahli PAS, tapi PMIUM ni ia ada fikrah dia. Fikrah ni maknanya ada pemikiran sendiri. Ego dia sendiri lah. Jadi sejarah PMIUM dengan GAMIS ni, memang selalu clash. Ada demo-demo yang GAMIS mintak PMI hantar wakil, kita tak hantar. Ada protes yang Pemuda PAS mintak kita join crowd dengan PAS, kita tak ikut, kita buat crowd kita sendiri. Kita dah ada trend tu. Kita berbeza. Kita ada autonomi kita. Memang kita langgar betullah.

Lepas tu bila masuk sini, orang pertama yang approach aku masuk PMI ni ialah Safwan Anang. Ni antara nama besar jugaklah dalam gerakan mahasiswa. Masa tu tak tahu pun dia Presiden PMI. Jadi kalau yang PAS ni, bila kita masuk kampus, dia akan bagi nombor kita dengan senior-senior yang dah ada dekat kampus. Kalau dia tahu kita masuk UPM, dia akan contact orang UPM. Jadi orang UPM tu akan turun cari kita. Dia akan pegang terus. Jadi nama saya tu diberi oleh Pemuda PAS Besut kepada Presiden sini, jadi dia turun cari.

Ada yang daripada Nilam Puri (kampus Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kelantan). Walaupun kita sama batch, first year masuk, tapi yang geng-geng Nilam Puri ni dah dikaderkan daripada zaman asasi. Mereka dah diberi pendedahan daripada awal. Kalau ada isu-isu apa, diaorang akan datang sini. Kalau ada demo-demo besar, diaorang akan datang sini. Ada dia panggil latihan tamrin tu, diaorang akan datang sini. Jadi diaorang dah tercerah betul lah, dengan politik kampus. Jadi masa mula-mula first year tu, diorang dah involve. Saya pun pelik. “Macam mana diorang boleh involve dengan PMIUM? Kita masuk, sama-sama masuk.”. Rupanya diaorang ni dah dikaderkan daripada awal. Tapi diorang ni memang dahsyat lah.

Masa tu, saya ingat kes Adam Adli kena gantung universiti dekat UPSI. Geng-geng UM ramailah pergi. Memang geng-geng UM lah antara yang penyokong kuat kepada protes dekat UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris) tu. Peristiwa tu dipanggil ‘UPSI Berdarah’ (2012). Depan pagar, Safwan Anang kena pukul dengan polis. Masa tu member-member yang first year ni, diorang dah pergi sana, diaorang dah buat human barricade depan polis. Aku kata “macam mana diaorang boleh berani macam tu?”, kan? Jadi diaorang baring dekat atas jalan, polis tak boleh nak masuk, ada yang kena tahan, apa semua tu lah. First year, masa tu. Kata “hebat diaorang ni, first year dah boleh involve”. Tapi kita tak tahu lah. Lepas tu, kita pun involve dengan aktiviti kolej, macam biasa, sampai lah kepada second year.

Second year tu, kita bertanding jadi MPP lah, wakil pelajar. Masa tu, aku punya pendirian, aku tak nak involve dengan politik kampus ni. Sebab nampak macam budak-budak, lepas tu tak kena dengan kita punya punya ideologilah. Masa tu diorang dah berhimpun dekat dataran, apa semua. Tapi jadi terjebak dengan PMI sebab bermula dengan MPP tu. Diaorang ni pun pandai jugak. Diaorang mengkaderkan kita semua ni, dengan macam-macam cara. Kalau yang terlibat dengan MPP, dia akan kaderkan kat situ, daripada Persatuan Anak Negeri, diaorang ada kat situ, diaorang ni merata-rata.

Maksudnya parti politik tu sendiri?

PMI tu. Diaorang ada dekat mana-mana. Dekat fakulti [pun] ada. Itu peringkat kampus tu. Jadi, dia dah nampak siapa-siapa yang ni, dia akan cuba approach. Dan aku terjebak [dengan] PMIUM, melalui MPP [masa] bertanding. Time tu aku kata, “kalau tak ada orang, baru contact saya”. Jadi time tu, time cuti semester. Hujung tahun 2012, kita nak masuk second year. Cuti panjang tu, dia call. Kata “Kita ada buat bengkel. Kena datanglah”. Macam aku ni, kalau buat satu benda, aku buat betul-betul. Jadi aku pergilah.

Di mana waktu tu?

Bengkel tu buat dekat Masjid Kampung Tunku, PJ. Masjid tu jadi port kita buat macam-macam lah. Situ ada bilik Gerakan, apa semua.

Itu tamrin ke waktu tu?

Bukan tamrin. Dia bengkel persediaan untuk jadi calon MPP. Jadi pergi tu, ingatkan dah ramai. Sekali bila pergi tu, ada lima orang je, termasuklah aku. Bila pergi sana, pergi bengkel tu, kita rasa macam kita masuk dunia lainlah. Sebab dia ajar situ cara bercakap, ajar kita cara pakaian, cara kita approach orang, public relation, dia ajar semua. Ajar critical thinking, strategic thinking, dia ajar semua dekat bengkel tu.

Berapa lama bengkel tu?

Tiga hari. Jadi bila kita dah jumpa benda yang kita nak tu, kita pegang betul-betul lah. Kita bertanding, MPP, wakil Akademi Pengajian Melayu (APM) ni. Masa tu, kalau MPP UM ni, pilihan raya kampus UM ni, memang kecohlah. Masa tu ada isu macam-macam lah. Masa tu ada TNC HEP, Datuk Rohana (Yusof), dia pergi rasmikan program calon kepada Penggerak di hotel.

Penggerak Mahasiswa? Pro-Aspirasi lah?

Ya. Jadi, bila kitorang dapat tahu (sebab) kitorang pun ada hantar spy dalam tu. Jadi once dia dah buat program tu, kita dah dapat maklumat dah. Dokumen semua, kita dah ada dah. Masa kita calon ni, kita tak boleh involve dengan demo time tu. Takut dibatalkan pencalonan. Jadi yang involve tu senior-seniorlah. Jadi diaorang ni pergi serbu hotel dan Datuk Rohana tu terpaksa keluar ikut jalan belakang untuk lari.

Takut kantoi.

Memang kantoi lah. Memang kena serbu. Jadi time tu kata “Oi, memang boleh tahanlah diaorang punya politik kampus ni.” Lepas tu bila kita dekat sini pulak, ada isu calon tua, macam-macam lah isu teknikal percalonan ni. Ada sekali tu Datuk Rohana ni, dia pergi berkempen dekat kolej enam. Jadi budak-budak ni semua pergi kepung Datuk Rohana tapi Datuk Rohana keluarlah. Tapi time tu kecoh lah. Memang macam dah berapi-api dah semua orang. Memang berjihad betullah.

Maksudnya dia marah kepada Datuk Rohana tu ke?

Ya, marah kepada Datuk Rohana. Jadi, cuba cari Datuk Rahana tu, di[orang] pergi kepung, macam-macam lah diorang buat. Itulah peringkat penglibatan awal. Lepas daripada tu, kita menang. Masa tu cadangan daripada kitorang waktu meeting… kita menang tapi menang dengan kerusi sikit; beza 2 kerusi. Tipis. Dan masa tu kitaorang dah plan nak bentuk kerajaan mahasiswalah dekat UM ni. Tapi bila kita panggil Penggerak datang mesyuarat, diorang tak nak datang. Dia kata “Eh, siapa kata Pro-M menang? Belum tentu lagi Pro-M menang. Kita tipis ni. Macam mana korang kata tipis? Korang menang sikit je kan?”

Rupa-rupanya diorang dah mula approach calon bebas untuk lompat ke Penggerak. Itu calon faculty law. Jadi budak-budak Law Society ni diorang dah hantar calon diorang. Calon diorang ni biasa[nya] bebas. Tapi itu lah politik ni… bila Penggerak offer benda yang kita tak boleh nak offer, sebab diorang offer kepada calon bebas tu, offer jadi Presiden Student Union. Kita tak boleh nak offer benda tu sebab kita ada calon kita. Penggerak dia tak ada calon. Tapi itulah politik. Politiknya macam tu lah.

Kita approach calon Penggerak untuk sokong kita. Calon-calon yang neutral. Dan kita dapat. Ada dua orang calon neutral berpihak kepada Pro-M. Tapi masa tu diorang buat syarat, kata kitorang boleh undi, tapi kena buat undi sulit. Jangan angkat tangan, supaya dia tak tahu siapa yang sokonglah. Lepas tu, bila jadi macam tu, pegawai HEP datang mempengerusikan mesyuarat tu. Sepatutnya tak boleh. Tapi masa tu kita pun blur. Kita (baru) second year, bukan tahu apa pun. Tak tahu undang-undang, apa semua. Jadi bila pegawai HEP, dia kata “Tak boleh. Kena buat angkat tangan.” Jadi bila macam tu, kita proteslah. Dan memang kita tahu lah, memang kita dah tak dapat benda tu lah.

Cuma lepas daripada tu, kita buat kabinet bayangan. Jadi, start daripada situlah saya mula aktif dengan isu-isu dalam kampus, sampai ke luarlah, isu nasional. Sebab dalam kampus ni banyak isu jugak. Kita bermula daripada situlah. Training dia macam tu. Second year kita involve dengan politik kampus, third year barulah kita boleh pergi ke nasional. Kita training peringkat kampus dulu. Itu dia punya susunan lah. Jadi masa second year, saya dah involve. Banyak isu. Isu gabung fakulti, kitorang buat protes, sampai tak jadi.

Fakulti mana tu, kalau ingat?

Dia nak jadikan UM (ada) lima fakulti je. Daripada 16 fakulti, dia nak jadikan 5 fakulti sebab isu ranking. Jadi masa tu, kita dah tak suka ranking dah. Tapi orang lain tak faham sebenarnya. Tapi masa tu sebab aku ni selalu sembang dengan lecturer-lecturer, apa semua, jadi kita didedahkan dengan isu-isu management. Jadi, kita bahas isu ranking. Jadi, kita protes betul. Protes memang macam-macam kita buat. Keluarkan dekat paper, kita gantung banner, macam-macam kita buat protes.

Masa tu TNC akademik, Prof. Hamdi (Abd Shukor), VC UM (2020 – 2023) dia buat taklimat, kita pergi serbu. Kita angkat placard, apa semua lah. Buat speaker corner, macam-macam. Tapi akhir sekali, kita mintak sokongan daripada alumni, apa semua. Dan memang projek tu tak jadi, kecuali yang fakulti (berkaitan) ekonomi, Accounting, dengan International Institute of Public Policy and Management (INPUMA).

Masa daripada situ lah kita dah mula fikir “Kita nak bergerak ke mana ni, lepas ni?” Jadi masa tu, macam aku sendiri, aku ada pengaruh lain sikit daripada geng-geng PMI ni. Sebab geng-geng PMI ni, dia Islamist. Macam aku ni, aku ada macam ala-ala Syed Husin Ali lah. Masa tu kita dah baca buku Syed Husin Ali, apa semua. Macam baca buku tahanan tanpa bicara, pasal ISA. Isu tanah, kita dah baca.

Kita terfikir, “Ish, zaman sekarang ni ada lagi tak isu-isu tanah, apa semua?”. Jadi rupanya ada lagi isu-isu tu. Isu rampasan tanah, isu peneroka bandar, masa tu ada lagi. Islamis, dia tak tak akan respon isu macam tu. Sebab isu macam tu, biasanya isu yang Melayu kiri, isu yang (golongan) leftist, mereka akan respon isu tu. Jadi saya ni pelik sikitlah.

Cuma masa tu, bila kita masuk sini, ada protes di Kampung Kerinchi. Saya pun pergi lah tapi bukan sebagai penggerak lah. Kita terlibat bagi sokongan. Jadi bila dah habis fasa kampus, kita dah bergerak ke fasa tahun tiga. Tahun tiga ni kalau dalam PMI, kita dah kena plan, kita nak buat apa untuk naikkan nama UM, untuk cetuskan havoc dalam politik nasional.

Kita pernah buat demonstrasi depan SUK Selangor. Mintak kerajaan Pakatan Rakyat wujudkan satu model pendidikan percuma, wujudkan model universiti bebas AUKU. Ada UNISEL dengan KUIS. Kita buat demo tu. Sebab walaupun masa tu kita dikaderkan sebagai PAS, tapi pemikiran kita independent. Kita sangat independen. Kita kata kita bergerak sebagai sebuah gerakan mahasiswa, kita tak boleh ada campur tangan politik, termasuklah Anwar. Kita kritik (bila) Anwar kata nak buat pendidikan percuma, mana modelnya? Jadi, kita buatlah Bebas 2.0, sebab Bebas 1.0 dah ada sebelum tu.

Bebas ni satu gerakan?

Satu gerakan mahasiswa untuk academic freedom. Jadi core isu mahasiswa ni ada dua je. Academic freedom dengan free education. Dua ni isu core. Yang lain-lain tu, isu sampinganlah.

Ada isu dekat Kolej Universiti Islam Negeri (KUIN), bawah arwah Ustaz Azizan Osman di Kedah. Isu mahasiswa KUIN kena AUKU. Masa KUIN kena AUKU, kita buat demonstrasi dekat Pejabat Agung PAS. Itu satu benda yang pelik lah dan memang PMIUM kena hentam lah, sebab kita tak wala’ kepada Presiden, sebab kita buat demo dekat markas Agung PAS (tahun 2013). Tapi kita tak rasa apa pun. Kita seronok lah sebab kita berbeza. Jadi, banyak isu.

Isu yang kampung tadi, Kampung Chubadak.

Ha, isu Kampung Chubadak ni ialah isu yang kita tak plan pun. Anwar (masuk UM), kita plan. Yang kitorang pecahkan pagar UM tu, [tahun] 2014, yang tu kita plan. Kita plan untuk bawak masuk Anwar tu lama. Seminggu kita plan. Protes banyak. Protes Obama datang masuk UM, kitaorang buat demo depan tu. Ada benda-benda teknikal protes tu yang sedap tu. Maknanya benda-benda yang kita kata black ops, yang kita buat, bila ada protes-protes yang macam tu. Macam-macam lah kitorang buat. Dan masa tu kita mintak ada anarkis yang memang selalu dengan kitorang, dia yang tolong buat.

Banyak kitorang plan untuk Obama ni. Kita nak putuskan elektrik Dewan Tunku Canselor. Tapi banyak yang tak jadi jugaklah. Last sekali, masa Obama datang, kitaorang plan untuk baring ramai-ramai dekat depan kereta Obama. Bila kita sampai dekat Amjal tu, polis SB ni dah banyak lah. Bila kita sampai tu nampak sangat lah. Diorang ambik phone, tangkap gambar, apa semua. Kita pun sembang-sembang. Lepas tu, bila nak start demo tu, bila Obama dah nak start sampai dekat UM, dia dah tolak. Masa tu kita bertekak lah dengan polis. Tolak-tolak tapi polis tak tangkap masa tu. Masa tu plan memang kita nak baring tapi memang tak sempat. Tapi ada kita hantar wakil dalam DTC. Ada empat orang. Jadi, diaorang angkat “No TPPA” masa Obama bercakap tu.

So, maksudnya untuk yang Obama ni, isunya adalah TPPA lah, waktu tu? Atau ada isu human rights abuse?

Masa tu banyak lah. Isu TPPA, kemudian sebab kita ni bergerak dengan PMI, jadi isu tu lebih ada dorongan Islamis lah. Isu pasal Afghanistan.

Dalam salah satu faktor penting dalam wawancara kita ni juga adalah untuk melihat ruang-ruang protes. Contoh[nya], Amjal ni daripada dulu lagi memang panas. Mungkin boleh cerita sikit kenapa Amjal jadi macam tu? Kenapa pentingnya Amjal pada gerakan mahasiswa, di dalam dan luar UM tu sendiri?

Sebab Amjal ni dia ada geng dia. Geng-geng tua (di) Masjid Ar-Rahman. Geng-geng ni memang degillah. Pak Amjal, Pak Yasin, Pak Anjang, dua orang (lagi) saya lupa nama. Tapi tiga orang ni lah yang saya selalu ingat. Jadi diorang ni geng-geng Ar-Rahman. Diaorang ni masa tu PAS lah. Masjid Ar-Rahman ni sebenarnya masjid bawah JAWI. Tapi diarang punya rebel, diarang boleh (ada) jawatankuasa kariah masjid diorang sendiri dalam masjid tu. JAWI ada buat lantikan official, tapi yang tu orang tak ikut. Tapi orang akan ikut yang Pak Amjal, Pak Yasin, Pak Anjang.

Jadi, Masjid Ar-Rahman ni memang tumpuan besar. Masjid Ar-Rahman dengan Restoran Amjal. Sebab banyak jugak protes kitaorang start daripada situ. Sebab lepas Jumaat, tu biasa memang tempoh yang paling sesuai untuk kita buat gerakanlah. Kita panaskan sikit, crowd dah ada, mana yang nak ikut, boleh ikut. Student, kadang-kadang orang luar pun akan ikut sekali. Kadang-kadang orang luar pun akan faham isu yang kita nak bawak, apa semua, dekat Masjid Ar-Rahman tu.

Masjid Ar-Rahman ni memang masjid yang politikal gila. Sampai kita pergi kalau (ada) kuliah malam, memang dia politikal sangat. Contohnya, macam kalau kalau kita bincang pasal tasawuf ke, dia akan pergi pada “PAS ni sepatutnya…”, dia akan pergi ke arah situ, ke arah politik partisan. Jadi memang ada sekali tu, dekat masjid Ar-Rahman ni, masa PRU13, diarang boleh buat solat hajat dengan dengan tahlil 40 hari 40 malam, untuk menjatuhkan kerajaan BN. [Tahun] 2013. Memang hardcore punya. Jadi, bila Amjal tu samalah. Diaorang pun tahu, ni student. Jadi bila kita pergi sana pun, selalu sembang. Kalau kita tak lepas nak buat program kat universiti, Amjal lah tempat dia. Memang Amjal ni jadi tempat pentinglah.

Tapi selain daripada Amjal, Masjid Ar-Rahman tu. Sangat besar sampai kitaorang pun pernah protes bila AJK yang PAS ni kuat sangat dekat kat situ. Kerajaan nak tutup Masjid Ar-Rahman. Jadi bila kerajaan nak tutup, kononnya atas dia kata nak renovate masjid, dia tutup betul. Padahal kontraktor, apa semua tak ada lagi, (tapi) dia dah tutup. Kitaorang protes. Masa tu ramailah turun dan Masjid Ar-Rahman tak tutup. Bila nak tutup tu, aku dengan beberapa AJK masjid, antara yang pergi berjumpa dengan pengarah JAWI di pejabat, termasuklah Khalid Samad. Pergi waktu tu pasal isu ni lah. Kita pun tak faham tapi kita wakil student, pergi tengok.
Jadi memang kalau ada apa-apa program, memang dekat Masjid Ar-Rahman. Tapi banyak sebenarnya tempat-tempat kalau student dekat UM ni. Satu lagi Madrasah Al-Falah. Madrasah Al-Falah ni pun, pernah nak dirobohkan.

Madrasah Al-Falah tu ialah tempat kubu kitaorang lah. Kubu bila kita nak buat ceramah, apa semua, dekat situ. Ceramah tentang mahasiswa ke, tentang PAS ke, kitaorang buat dekat situlah. Sampai sekarang ada lagi.

Kira macam peranan Amjal tu- maksudnya protes tu memang banyak berlaku [di situ] sebagai titik mula?

Kitorang plan banyak kat situ. Kita tak tak ingat detail sangatlah tapi banyak plan-plan yang kita buat, kat situ. Tapi lepas pada tu, sebab Amjal ni dia dah jadi hot spot, SB pun dah tahu kat situ. So, kitaorang pergi tempat lain lah. Antara tempat yang kitaorang selalu pergi, kedai mamak lah. Kalau dekat UM ni Nasi Lemak Anjing, Restoran Ehsan, dengan Restoran Meerasa, dan masjid. Sebab (aktif dengan) Islamis, banyak bermain dengan masjidlah. Masjid Bukit Tunku, Madrasah Al-Falah, satu lagi Masjid Aminah. Masjid Aminah ni dekat LRT. Situ pun antara tempat-tempat yang kitaorang involve-lah. Kalau yang Islamist ni macam tu lah. Kalau setakat nak sebutkan nama-nama tempat, (ada juga) dekat Hulu Langat. Hulu Langat ni tempat training lah, tamrin. Tapi dia agak military jugak. Kalau dekat tamrin tu memang kitaorang tak boleh tidur. Tamrin buat lama; 7 hari. Jadi masa tu kitaorang makan macam-macam benda-benda pelik lah. Kena belasah dengan senior. Ini di bawah PMI.

Dulu tak ada Unit Amal, orang biasa takut nak pergi protes. Sebab ada orang Unit Amal yang menyebabkan kita jadi berani untuk pergi protes. Mungkin boleh kongsi sikit, adakah Unit Amal tu pun ada tamrin mereka sendiri? Ada ajar cara-cara tentang safety waktu protes semua?

Asasnya sama. Cuma Unit Amal tu mungkin dia ada training lain sikitlah. Tapi kalau basic, memang ada [dalam] TAMRIN tu. Kalau pimpinan, ada satu lagi tamrin. Dia panggil TAMRIN QIADI, Tamrin kepimpinan. Yang itu lagi hardcore. Dan masa tu lah dia akan doctrine lah. Masa tu lah dia akan ada kuliah. Kuliah untuk kita berkorban, macam-macam lah. Tapi okay jugak lah. Kita pun jadi berani time tu.

Tamrin ni fokus dia untuk membina fikrah, pemikiran Islam yang versi PAS tu lah. Tapi selain daripada tu, kitaorang akan didedahkan tentang hak asasilah. Untuk kita jadi berani, sebab kita tak perlu takut, kita ada hak ni. Kalau kena tahan dengan polis, apa kita kena buat, siapa yang kita nak kena contact, apa kita kena jawab, diajar masa tulah. Jadi, kita beranilah. Kalau U[niversiti] lain, kalau kita buat contohnya rempuh pagar tu, UIA yang pertama sekali buat jatuhkan hukuman dekat student. Kenakan AUKU dengan student. 3 semester, Mujahid kena. Mujahid ni leader daripada UIA. UM belum lagi. Tapi sebab bila ada push daripada parti politik, time tulah kena. [Tahun] 2014 [masa] bawak masuk Anwar.

Kalau ikut secara kasarnya, ada pindaan AUKU tu, jadi (patutnya) relax sikit kan [masa] 2012? Tapi jadi makin panas. Ada sebab ke?

Ia pindaan AUKU untuk kita involve dengan parti politik je. Tapi soal tatatertib, apa semua tu tak pinda. Universiti gunakan benda tulah. Jadi macam dekat UM ni, ramai jugaklah yang kena time bawa masuk Anwar tu. Kena gantung sem. Buang, tak. Itu yang kita kata UM susah nak buang orang tu. Jadi kita beranilah sikit. Sebab kitorang percaya UM ni masih lagi jaga academic freedom. Dalam core value UM, ada academic freedom. Kecuali kalau memang isu tu peringkat nasional, memang besar sangat, dia akan ambik tindakan lah. Kalau tak, buat lah apa-apa pun. Buat protes masa convo macam Yan Ke pun, takkan dibuat apa-apa.

Macam Muqit sendiri tak ada kena apa-apa lah, lepas (bawa masuk) Anwar Ibrahim?

Masa tu dah sambung Master. Masa tu kita dah risau dah, takut kena tarik transcript sebab baru convo Degree. Tapi kita dah sambung Master. Jadi kita cepat-cepat sebelum demo tu, kita ambik transcript awal-awal. Tapi tak ada apa pun. Bila kita dah sambung master, UM dah tak kisah pun.

Tapi adakah benda-benda macam pindaan AUKU, apa semua ni, memberi kesan kepada cara protes mahasiswa waktu tu?

Masa tu kita tak fikir pun pasal AUKU. Tak kisah pun pasal AUKU. Sebab satu, kita ada kebebasan untuk berpolitik. Kita ada academic freedom, kebebasan bersuara. Jadi, semua tu kalau ada sekatan tu, ia bercanggah. Jadi, kita tak perlu takutlah. Kalau kita nak fight di mahkamah pun, kita beranilah.

Bawak masuk Anwar ni satu benda yang besar sebenarnya. Jadi isu besar dan jugak jadi orang ingatlah. Kita buat protes yang lain, (ada) lagi besar. Jadi bila bawak masuk Anwar malam tu, lepas tu yang pergi ke Kampung Chubadak (dan) aku kena tangkap pagi esoknya. Malam tu tak kena apa-apa. Jadi kita dah penat malam tu, dah demo, rempuh pagar, bergaduh dengan polis, apa semua, kita pun tidurlah. Kita bangun pukul 8 pagi tu, tengok ada orang mesej “Muqit, ada orang nak roboh rumah dekat [Kampung] Chubadak”. ”Ish, kita kena pergi ni”. So, kita start motor, kita pergi, time tu lah yang kena. Ramai jugak lah dekat [Kampung] Chubadak tu. Tapi [Kampung] Chubadak ni dia cerita lainlah. Kalau nak ikutkan protes-protes, banyaklah jugak kita buat.

Bawak masuk Fahmi Reza pun pernah jugak, tahun 2013. Peringkat awal, Fakulti Ekonomi yang nak buat. (Secara) Official lah. Tapi last minute, HEP call, mintak cancel. Jadi bila cancel, budak-budak ekonomi pun contact aku lah.

“Muqit, [kena] cancel lah program Fahmi Reza”. “Cancel? Pro-M nak ambil, boleh?”. “Ha, suka hati kaulah”. “Okay, kitaorang ambik program ni”. Lepas tu kitarang ambik, kitorang buat dekat betul-betul depan gate KL. Main gate lah. Dekat Masjid Ar-Rahman tu. Kitorang pun cari kain putih, projektor kitorang dah ada. Petang tu jugak kitorang pergi beli generator untuk power supply. Kitorang ada duit. Ramai time tu, depan gate. Kita sebenarnya tak tahu undang-undang apa pun. Tapi bila polis datang, kita kata: “Eh, kawasan ni kita dah semak, benda ni masih lagi dalam kawasan UM. Bukan bidang kuasa polis untuk halang kami dekat sini”. Kita buat confidentlah. Lepas tu kalau geng-geng UM datang: “Ni sebenarnya DBKL je yang boleh halang kitorang”. Time tu memang petik-petiklah. Diorang bukan tahu pun. Pernah kitorang buat Buku Jalanan, polis bantuan UM datang: “Eh, tak boleh buat dekat sini”. Kitaorang pun buatlah dekat main bus stop. Kitorang tanya kenapa tak boleh?. Diorang jawab “yang ni kena mintak izin dengan HEP”. “Eh, saya dah semak lah peraturan universiti. Untuk tempat yang tak ada berbumbung, kita tak perlu mintak.” Padahal tak ada pun. “Oh, ye ke? Kalau macam tu, saya kena call pegawai baliklah.” Kitaorang buat macam tu je.

Macam bila tadi Muqit ada sebut “kitaorang ada duit” tu, maksudnya tampungan dari segi kewangan untuk organisasi tu, kebanyakan datang dari PMI ke macam mana?

PMI. Ada juga daripada luar. Tapi tak banyak pun. Kitorang organisasi yang tersusun, kita ada unit yang fokus dia pasal kewangan je. Kita bukak kedai dalm UM. Kalau untuk pilihan raya kampus tu, kita boleh keluarkan RM 30,000 untuk pilihan raya kampus je. Untuk belanja calon, bengkel, apa semua, kita boleh buat. Campur (lagi) dengan kita ada senior. Senior sangat bantu lah. Kita ada senior daripada tahun 80-an. First PMIUM yang PAS punya ni ialah dekat UM, tahun 80-an. Yang bawak masuk PMIUM daripada ABIM kepada PAS. Senior tu sampai sekarang pun ada lagi. Jadi kita tahu dia ni batch mana. Ada sistem dialah.

Dari segi kewangan tu tetap mengalirlah dari satu generasi mahasiswa ke satu generasi mahasiswa?

Ada. Tapi banyaklah kitorang buat. Cuma macam masa tu sebab kita bergerak underground, jadi kita susah sikit nak nampaklah. Sebab dia ada satu istilah, dia panggil Sirr dan Hazar (maksud: rahsia dan waspada). Perlu buat secara subversif untuk elak dihidu musuh atau SB. Kerahsiaan. Apa yang kita lalui, tamrin apa semua, kita tak boleh nak cerita kat siapa-siapa. Even mak bapak kita pun, kita tak boleh nak bagitahu. Disiplin organisasilah. Jadi memang tak ada tertulis lah, benda-benda yang macam ni. Tapi kalau orang yang duduk dekat dalam tu, dia tahulah macam mana bergerak.

Itu dari segi tampungan kewanganlah. Tapi dari segi teman-teman dan pensyarah yang mendukung aksi-aksi ni, mungkin boleh kongsi jugak? Sebab mungkin di UM tu lebih nyata.

Kita buat strategic planning, biasa (bila) nak masuk sesi baru, kita akan buat grand design. Kita akan list-kan semua opportunities yang kita ada dekat UM. Staff mana yang pro kita, fakulti mana yang pro kita, siapa pensyarah yang pro kita, polis bantuan mana yang pro kepada kita, kita akan tahu semua. Kita akan list-kan semua. Jadi, bila kita nak guna, kita tahulah. Bila diperlukan, kita tahu siapa nak [contact]. Macam contohnya, bila kita kata yang pensyarah ni, sebab yang dekat Pengajian Islam tu, ramai daripada ikut sistem yang sama. Jadi, diorang PMI. Jadi, dekat sana tu memang ramai. Bila pergi sana, pengarah tu pun, orang kita. Jadi bila kita nak buat program, memang kita buat dekat API. Cuma kadang-kadang, ada satu peringkat tu, API pun tak suka sangat sebab kita terlalu radikal. Pengarah-pengarah, senior-senior lama, macam yang akademik ni, dia kata radikal. Kadang dia panggil: “Muqit, kenapa tengok macam terlalu radikal?”. “Datuk dulu buat benda sama macam kitaorang buat.”

Apa balasan dia?

Dia senyap. “Tak apalah kalau macam tu”, dia kata. Dia pun buat benda sama. Jadi, biar kami buat dulu apa yang Datuk pernah buat dulu.

Tindakan tu berbeza-beza setiap zaman.

Betul. Sebab masa zaman muda, dia buat benda sama. Kita tak boleh nak halang orang, (kita) muda buat benda sama. Biar jelah dia buat. Nanti sampai masa, dia fikir balik, tak apalah. Pengalaman. Jadi macam kalau nak buat program-program tu dekat API lah, kebanyakannya. [Akademi] Pengajian Islam. Dan ada bilik-bilik tu, kadang-kadang kita orang buat meeting dekat sana. Kadang-kadang diorang tak bagi, kitorang pecah masuk. Macam-macam lah kitorang buat. Selalu meeting-meeting SMM, Solidariti Mahasiswa Malaysia dekat situ, kitorang meeting dekat API.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tu antara yang signifikan pada zaman tu. Dengan ada mahasiswa di pelbagai universiti. Bagaimana pengurusannya dari segi protes? Misalnya tadi ada sebut pasal solidariti dengan Adam Adli di UPSI. Macam mana korang bergerak daripada sini ke sana waktu tu?

Tak boleh ingat jugak. Cuma biasa kalau ada event besar, memang kita akan meeting. Biasa dekat API tu. Memang diaorang akan masukkan dalam circle-circle. Ia banyak circle. Nak sampai ke circle yang paling dalam yang susah tu. Dia memang kena atas trust lah. Dia takut jugak. Diorang ni sangat jagalah benda tu (sir wa hazar). Takut Special Branch ke apa semua. Jadi macam kalau SMM ni, dalam tu ada PKPIM, ada KARISMA, ada GAMIS, lepas tu ada PMIUM, ada Pro-M. Ada lima front lah, lebih kurang.

Yang Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli dulu masuk bawah mana?

LMP masuk dalam Pro-M, ataupun dia hantar wakil. Ada satu lagi, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) masa tu. Tapi walaupun kita kata front banyak, tapi front-front ni, dia tak ada ahli. Dia bergerak secara individu lah. (Ada) figure je lah. Yang ada ahli tu PMI, Pro-M. Jadi bila nak kerahan, kitorang yang akan kerahkan ahlilah. Yang tu lagi susah sebab kita nak kena yakinkan ahli tu. Sebab kalau kita tengok protes yang melibatkan student, kalau yang ramai tu memang daripada PMI lah. Tapi nak yakinkan diorang tu yang susah. Memang diorang akan wala’ tapi tak semua macam tu. Kalau isu-isu yang melibatkan PAS, diorang akan wala’ lah. Tapi bila melibatkan isu student ni, dia susah sikit. Kita kena yakinkan diorang. Jadi biasanya kita akan jumpa, kita akan briefing lah. Kita nak buat apa, kenapa kita buat macam ni, dan kaitkan dengan (gerakan) Islamlah.

Tapi mungkin pola yang samalah, untuk convince orang, untuk datang dan sebagainyalah?

Betul, sama. Tapi kalau dapat arahan daripada presiden PAS, memang lagi senanglah. Yang tu kita tak perlu buat apa-apa lah, memang terus [je] lah.

Protes (Kampung) Chubadak belum cerita lagi.

Chubadak ni sebenarnya isunya dah banyak front yang masa tu dah timbulkan. Fahmi Reza buat dokumentasi pasal Chubadak. PAS pernah involve dengan Kampung Chubadak. Jadi, macam aku ni, aku terlibat sebab aku ada nilai sentimental sikit dengan isu yang melibatkan tanah. Tak tahu kenapa. Tapi bila aku pikir balik, rupanya memang isu tanah ni memang isu yang senang untuk kita cetuskan soldariti. Dan banyak kalau tengok isu penentangan-penentangan dulu-dulu pun, memang melibatkan tanah. Jadi sebenarnya dia ada pertautan tulah. Jadi bila kadang kita buka YouTube tengok “Eh, rupanya ada lagi isu yang melibatkan tanah?” Nak relate-kan dengan baca buku Syed Husin Ali, apa semua tu. “Ish, apa yang tak settle issue tanah ni?” Jadi bila kita tengok video, kita pun faham lah. 

Jadi masa tu, aku dah terfikir dah yang aku kena ambil isu tanah ni. Kebetulan masa tu ada Arif Atan. Arif Atan ni antara wartawan yang sangat alert dengan isu-isu rakyat ni. Jadi, dia contact: “Muqit, ada protes dekat Chubadak. Student boleh datang?” Lepas tu, time tu lah kita pergi tengok. First (time) kita pergi, ada satu rumah tu (kita pertahan), memang kita bergasaklah dengan DBKL time tu.Tu kali pertama datang. Lepas tu, baru kita kenal dengan orang kampung. Kita bincang apa kita nak buat. Kitaorang plan masa tu besar, Kitorang tak nak lah pergi ala kadar. Itu kerja orang politik kalau buat sekadar nak dapatkan isu. Kita gerakan mahasiswa. Kita kena ada advokasi, kita kena buat macam-macam.

Jadi kitorang pun plan, nak jadikan kampung tu, kampung angkat Pro-Mahasiswa. Masa diorang buat meeting kampung, aku antara yang diorang jemput untuk bagi talk dekat orang kampung. Jadi kita kata, kita putuskan Kampung Chubadak, dijadikan kampung angkat kepada Pro-M. Plan asalnya banyak kita nak buat, tapi tak sempat. Lama sebab kita pun dah bertukar pimpinan, apa semua. Setahun je. Kepimpinan student tak lama. Itu problem lah sebab bila kita dah orang lain, lain pulak dia punya orientation. Jadi lepas pada yang kita rempuh pagar Anwar, pagi tulah yang baru kita pergi. 

Yang tu yang jadi isu besar. Sebab masa tu memang nampak rumah tu kena robohkan. Aku kena ludah dengan polis. Lepas tu pemaju bayar samseng-samseng kampung. Jadi masa tu risau jugak. “Eh, aku nak bertempur dengan orang-orang yang hisap dadah, apa semua. Ish, risiko ni.” Tapi tak apa lah. Bergaduh dengan polis, kena tangkap. Time tu isu jadi besar. Kita tak plan pun. Jadi ada dua isu besar serentak. Isu Anwar, isu Chubadak. Tapi yang menarik isu Chubadak ni sebab ramai yang terlibat. Ada geng-geng Antifa, ada geng-geng sosialis, ada geng-geng Islamis, geng-geng nationalis Melayu pun ada. Geng-geng Melayu tu pun ada sekali datang tapi diaorang datang tu bawak naratif yang lain. Dia nampak perlawanan antara developer tu sebagai Cina. Kita tak nampak macam tu. Jadi kalau diaorang datang situ, diaorang sebut pasal Cina apa semua, geng-geng yang Antifa ni basuh lah. “Bukan soal Cina lah!” Macam tu lah. 

Tapi menarik time tu sebab memang ramai. Kitaorang bermalam dekat sana, kitorang berkhemah dekat sana. Rasanya 2-3 malam jugak. Jadi daripada situ, kitorang berdiskusi apa semualah. Dan lepas daripada kita berjaya protes benda tu, kita pergi “serang” pejabat pemaju dekat Jalan Gombak. Kitorang buat demo daripada Masjid Sentul, kitorang berarak ke pejabat pemaju. Ramai time tu, ramai pergi. Geng-geng anarkis pun ada sekali. Kadang-kadang, ada orang ni, dia tak suka geng-geng anarkis ni. Kalau Islamis lain, dia takkan suka. Tapi sebab kita pun jiwa memberontak macam tu, kita pun lantaklah. 

Kadang-kadang kita mintak, “kau buat macam ni.” Kita gaya baik sikitlah. Tapi gaya-gaya (buat) jahat, “Eh, kau pergi patahkan pagar.” Jadi, dioranglah pergi. Diorang pecahkan pagar, apa semua. Ada sorang tu, member Antifa ni, dia panjat pagar, dia pergi dekat orang kerja dekat pejabat tu, dia pergi cekik. Ada video tu. Memang lawaklah time tu. Lepas dari pada tu, “Eh, sampai bila kita nak bawak isu Chubadak ni?”. Jadi kita protes, kita jumpa pemaju, kita mintak pampasan. Tak banyak. Rasa dapat RM 7 ribu. Dapat lebih sikit daripada apa yang diaorang nak bayar, cukup lah. 

Dan kitorang bawak masuk Opah datang UM. Time tu ramai datang. Masa tu isu Chubadak ni, kita dah briefing dekat speaker corner. Walaupun speaker corner tu kita bercakap macam bercakap dengan tiang. Jadi bawak masuk Opah Wahidah, apa semua, settle lah, ending cantik lah. Opah Wahidah dapat pampasan, student dapat nama. Sebab masa tu, kita nak tunjuk penglibatan student dalam masyarakat. Mahasiswa untuk masyarakat.

What was the reception of fellow students? Macam untuk semua aksi-aksi ni, lawan Obama, Kampung Chubadak semua ni?

Dia tak support pun tapi dia okay. Sebab memang kita tak nafikanlah, zaman tu zaman ketakutan. Tapi dia orang involve, kadang-kadang dia support kita. “Muqit, aku sokong.” Cukuplah. Dia tak turun pun tak apa.

So, dinamik student movement tu berubah dalam masa 10 tahun tu.

Zaman ni ada fasa-fasanya. Ada fasa yang start dengan Buku Jalanan, Lepak Maqasid, lepas tu ada UTAM (Universiti Terbuka Anak Muda). Jadi kadang-kadang, kita pun terpaksa ikut trend tu. Kitorang buat Lepak Maqasid, bincang dekat food court, apa semua. Kitorang cuba buat jugak untuk adapt dengan benda tu. Tapi bagus benda tu. Tapi sayanglah, dia slow down (sekarang). Jadi masa tu, kitorang pun pernah panggil Khalid Jaafar. PMIUM panggil Khalid Jaafar, bapa liberal Malaysia. memang lain (macam)! Masa tu kita anggap, kita perlu berani untuk berhujah. Tapi masa tu jadi isu. “Kenapa panggil orang yang liberal?” Jadi kita kena yakinkan ahli tu. Bila kita nak bergerak, kita perlu sokongan ahli tu.

Mungkin nak refleksi lah, selepas terlibat dengan banyak protes, apa kesan dia kepada Muqit sendiri sebagai seorang individu, melihat proses pendemokrasian yang berlaku?

Secara individu, kita banyak fahamlah tentang politik luar. Kita pun tak ada letak expectation tinggi sangat dengan parti politik. Inclination tu biasa lah. Tapi nak bagi 100% kepercayaan tu, tak adalah. Kita pun tahu diorang bukannya bersih sangat pun.

Selain tu, kita rasa confident lah. Sebab kita masuk sebagai mahasiswa ni, dengan zaman tu ialah zaman kekangan, zaman kena sekat. Siapa yang nampak rebellious, akan kena panggil. Tapi kita dah berjaya lepas zaman tu, kita rasa confident. Kita banyak buat silaplah yang lepas tu. Jadi bila kita ada pengalaman yang lepas tu, rasanya kita berjaya rumuskan untuk membentuk satu gerakan lain.

Yang gerakan yang aku cuba nak gerakkan ni, ialah rumusan daripada kesilapan-kesilapan, pengalaman-pengalaman, pembacaan, kita rangkumkan sekali, dan bentuk dalam wajah yang lainlah. Sebab banyak gerakan Islam pun dah gagal dah. Gerakan yang post-Islamis pun dah gagal dekat Malaysia. (Parti) Amanah gagal. Jadi, kita perlu satu gerakan lainlah, yang lagi bersifat idealistik, intelektual(isme) dia jelas, lepas tu ada foundation yang lagi kukuh, [yang] kena dengan konteks Malaysia. Itu yang susah kita nak jumpa tu.

Jadi aku cuba nak masukkan dalam PBMUM, kalau jadilah. Kita cuba buat. Tapi benda tu penting sebab kalau tak ada gerakan yang bersifat local, susah nak hidup. Macam aku sendiri, aku nampak kalau kita kata nak buat perubahan tanpa melibatkan orang Melayu ni, ia susah. Orang Melayu ni dia kena betulkan, tapi nak betulkan ni dia tak boleh orang luar. Dia kena daripada dalam tu (sendiri). Jadi kena ada satu gerakan yang faham budaya orang Melayu sendiri, pemikiran, apa semua, untuk tackle daripada dalam. Itu penting lah aku nampak. Jadi macam untuk PBMUM ni, memang aku tetapkan. Sebenarnya ia idea kita daripada zaman student. Kita pun dah ada ideologi kiri sikit. Jadi kita cuba bawak idea tu dalam PBMUM.

So, nak tanya, in your own opinion, a lot of these actions, did they achieve the objective you wanted to achieve? Because beyond just raising the name of Pro-M and PMIUM, were the other wider objectives achieved?

Ada tercapai. Contohnya, kita tunjukkan yang kita tak perlu takut untuk mengkritik kerajaan. Kitorang bergerak dalam zaman [yang] orang semua takut nak kritik kerajaan. Tapi sekarang ni? Semua orang kritik kerajaan. Yang tak kritik kerajaan tu pulak yang jadi minoriti. Kalau dulu, orang takut dilabel sebagai pembangkang.

Tapi sekarang ni, dah terbalik. Orang takut dilabel sebagai kerajaan. Satu segi kita dah ada perubahan tu. Memang kecoh sikit lah sebab kita baru berubah.Kali pertama kita berlaku pertukaran kerajaan, 2018. Jadi memang fasa kecoh lah. Tapi lepas ni rasa[nya] kita akan lagi stabil. Tapi kena bergerak kerjalah secara organik, secara budaya. Ada gerakan-gerakan yang dalam banyak bentuklah; kesenian, budaya, muzik, semua tu kena bergerak sekali. Sekarang ni tak ada gerakan yang macam tu.