Oma Mohd merupakan salah seorang ahli kolektif Geng Kotak; sebuah kelompok yang bermula secara suka-suka membikin sepanduk waktu protes menggunakan kotak-kotak yang ditemui ketika protes berjalan. Bersama dengannya, Oma berkongsi kisah tentang protes pertama yang beliau sertai pada Reformasi 1998 bersama keluarganya dan seperti apa ia membentuk pemahamannya tentang politik dan protes dalam rentang lebih 20 tahun ini. Oma turut berdepan pendakwaan dan pernah dijel ekoran penglibatannya dengan protes bersama gerakan mahasiswa dan Occupy Dataran sewaktu ‘perkhemahan’ menuju ambang Bersih 3. Bukan itu sahaja, perhimpunan Bersih dari sudut pandangnya juga menyaksikan kepelbagaian taktik yang digunakan, bukan sahaja oleh para demonstran, tetapi juga pihak berkuasa, di dalam usaha untuk ‘mengamankan’ protes.

Boleh kongsi sedikit latar belakang dan buat apa sekarang?

Nama Oma Mohd. Dibesarkan merantau sebab ayah kerja kapal so setiap dua tahun, pindah-(randah). Lepas tu baru balik (Malaysia).

Mak ayah memang orang kuat JIM (Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia). Dulu JIM dan sekarang IKRAM, so membesar dalam keluarga JIM. JIM ni antara yang terkehadapan waktu ‘98. Waktu ’98, ayah sendiri bawak aku dengan abang aku pergi Masjid Negara. Tempat yang Anwar Ibrahim berucap tu, dekat tangga belah atas tu, kita satu family dekat tiang tu je. Mak, bapak, aku dengan abang aku. So kat situ lah tengok macam “Wow, ini kebangkitan apa ni?”

Sebab waktu tu baru Darjah 4, Darjah 5 (macam tu) kan. Kebangkitan apa ni? Kenapa semua orang marah pada Perdana Menteri waktu tu? Jadi waktu tu baru kita tanya ayah dan waktu tu baru kita tahu. Sebab(nya) ada ketidakadilan dan ini kemarahan.

JIM antara yang waktu tu di-lead oleh Saari Sungib. Pak Abu [nama lain Saari Sungib), mantan ADUN Hulu Kelang, antara yang first (dengan) JIM (untuk sertai himpunan Reformasi).

Bila kita dah besar ni kita baca-baca semua, JIM pun ada berbelah bahagi jugak antara diorang nak pergi ke tak untuk backup Anwar apa semua. Tapi bila diorang nampak presiden, Pak Abu sendiri turun Masjid Negara, semua (ahli) JIM pun sekali turun. So sebab tulah memang kita satu family pun turun dan support perjuangan melawan ketidakadilan ni.

Kebanyakan latar belakang orang yang terlibat dengan JIM ni profesional. Macam kau cakap tadi, ayah kau kerja dengan kapal. Ada pernah bercakap dengan ayah macam mana dapat tahu pasal JIM dan kenapa terlibat dengan arus gerakan Islam waktu tu?

Aku personally memang rapat dengan Pak Abu ni jugak sebab aku kawan dengan anak dia, Muhallab. Kitorang working holiday sama-sama kat New Zealand.

So bila borak sendiri dengan Pak Abu, dia pun mula zaman student. Dia cakap orang waktu tu belajar engineering, belajar architecture, tapi Pak Abu dengan Aunty Jija (Aliza Jaafar), isteri Pak Abu, ke Melbourne. Dia dah habis study UK, dia ke Melbourne, dia rekrut pula (pelajar) dekat Australia untuk buat movement ni.

Pak Abu start dekat UK (dan) ayah aku pun study UK. Dia belajar naval architecture. So ramai waktu tu yang main peranan dalam JIM ni kebanyakannya ex-student luar negara.

Sebab tu ada pertelagahan jugak antara JIM dengan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia). Aku tak tahulah besar mana. ABIM dengan PAS lepas tu (ada) konfrontasi Pak Abu dengan Hadi Awang kan. Tapi tulah sedikit sebanyak zaman mak ayah kita ni. Diorang JIM daripada UK.

So diorang macam guna teori komunislah kan: mengepung kota dari desa. JIM mengepung kota dari luar. Dari UK diorang dah move-kan student movement ni dari luar. So bila semua dah power daripada luar, dia orang balik ke (Malaysia).

Mak, ayah dekat UK tahun 80an, ‘86, ‘87. Tu zaman Ops Lalang, BTN (Biro Tata Negara). BTN semua kuat waktu tu. Diorang balik, kena BTN. Ada jugak yang dia punya peruntukan untuk study semua ni, Jamaah yang cover diorang punya perbelanjaan waktu dekat UK. Bila government tahu dia orang ni lead something yang kritikal pada government kan, so Jamaah yang tolong cover. Maksudnya, kat situ pun dah ada konsep gotong-royong, tapi dari luar.

Diorang ni macam dah susun lama benda ni. Itu yang sampai keluar grand blueprint, grand planning JIM punya Jamaah Islah apa semua. Bertelagah pulak dengan ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia). Macam tulah. Banyak arus, orang kata. Tapi ISMA ni dengar dulu, mula-mula ditubuhkan sayap kepada JIM, tapi aku tak sure. Aku kurang kaji yang tu. Sebab tu nama asal dia bukan Ikatan Muslimin tau, dia Ikatan Mahasiswa Islam apa tah. Tapi Islamis takkan cerita ni sebab dia orang akan [cakap] tak payahlah cerita, nanti nampak perpecahanlah apa semua. Tapi JIM malas nak banyak bunyi kot, sebab tu dia orang create pulak IKRAM. Jamaah Islah Malaysia ni, diorang buat satu nama besar, IKRAM. Itu sejarah yang aku tahulah, tapi mungkin ada jugak yang hearsay. Aku tak tahu lah kan. Tak dibuktikan. Jamaah Islah pulak, dia orang tak nak besar-besarkan, tak cerita. Dalam hierarki, dia punya usrah-usrah pun ada usrah rahsia. Usrah banyak level.

Kira kau membesar, adakah kau ikut benda-benda tu? Macam pergi usrah apa semua.

Aku ikut. Aku memang (Sekolah) Al-Amin. Balik dari Jepun, aku masuk Al-Amin Gombak. Satu lagi, sebab mak aku cikgu kat Al-Amin. Waktu pergi Jepun, dia ambik cuti tanpa gaji sebab Al-Amin punya style, kalau once you berhenti, tak boleh masuk balik. So dia cuti tanpa gaji. Dia balik, dia mengajar balik kat Al-Amin Gombak. Aku masuk sekolah menengah Form 1 sampai Form 3. Lepas tu Form 4, Form 5 aku masuk Teknik Gombak.

Berbalik kepada ‘98. Kau ingat secara jelaslah kan?

Oh, ingat semua jelas. Kita naik kereta tapi aku tak ingat kita park kat mana. Aku ingat waktu kita sampai tu memang awal, tak ada orang lagi. Aku macam “Abi, kita nak buat apa kat sini?”

Lepas tu abi kata ada orang kena buang daripada (kerajaan), dia macam nak explain cara simple lah. Ada orang jahat, ada orang yang buat benda tak baik dekat dia ni. Aku macam oh, okay lah. Mana kita nak kenal nama Perdana Menteri, Timbalan apa semua ni kan. Layan jelah. Solat dulu macam biasa, dan demo tu rasanya lepas Zohor tak silap. Tiba-tiba orang makin ramai dan makin ramai. Aku macam “Uish, ni apa ni”.

Lepas tu, ada chanting-chanting Hidup Anwar, go Mahathir, undur Mahathir apa semua. Sebab boleh nampak ramai, semua bangsa ada. Oh, dia ni mesti someone yang macam, orang sayanglah. Maksudnya, dia ni memang dah buktikan kebolehan dia waktu tu dan orang ramai sayang, sebab tu orang sanggup turun macam tu untuk dia. Untuk pertahankan dia.

Lepas tu, waktu berjalan pulak pergi ke Dataran Merdeka, aku ingat aku dengan abang dan bapak aku. Lepas tu, ikutlah jalan. Waktu tu, polis tak guna lagi FRU semua. Pergi sampai Dataran Merdeka, aku ingat waktu tu dekat tengah-tengah padang, ada event apa aku tak ingat, tapi ada satu stage.

Lepas tu, diorang dengan sistem audio semua tak cukup, dia pakai hailer. Aku nampak sebab bapak aku gendong aku. Aku nampak Anwar, dia cakap dekat empat-empat penjuru, speech yang sama dia ulang empat kali sebab tak ada sound system. Tapi last sekali speech dia, menghadap Bukit Aman. Lepas tu dia angkat tanganlah macam tu. Dia angkat ke Bukit Aman.

Rasanya, itu last lah dia punya protes jalan raya yang aman sebab lepas tu, bapak aku tak kasi ikut dah. Bila aku tengok TV pun, dah nampak (p)rotes yang aku last pergi, okay je. Lepas tu bila masuk news, dah ada tembak-tembak FRU.

(T)u kan zaman CD. Bila bapak aku pergi ceramah ke apa, dia bawa balik CD. Waktu tu susah sebab coverage RTM, mainstream media, tak cover benda ni kan. Sebab tulah waktu tu rasa macam oh, ni antara sejarah negara jugak ni kan.

Menarik jugak bila kau sebut kau ingat vivid. Kau memang ada dekat situ tu dan kau boleh tengok daripada minggu pertama yang aman bertukar menjadi tak aman.

Ya, rasanya tu yang last. Sebab lepas tu, aku [cakap] nak ikut abi. Rasa macam bestlah satu movement yang mintak keadilan tu. Tapi bila orang tua aku kata dah tak boleh dah, kena hati-hati lah apa semua, aku macam oh, okay. Kenapa tak boleh dah?

Tapi ayah kau memang pergi lepas tu? Mungkin boleh kongsikan peranan ayah dengan mak kau dalam JIM tu sendiri.

Diorang pergi dengan geng-geng JIM dia. Lepas tu sekarang diorang IKRAM. Tapi rasanya memang semua members of JIM, lepas Pak Abu (turun), diorang dapat kerahan untuk pergi turun sekali. Dan bertambah pulak bila arwah Fadzil Noor pun (turun), so JIM sebagai Jamaah Islah, dia orang tak boleh lose out lah kot. Kena pergi jugak turut serta dalam perubahan ni. So itulah yang buatkan (ia) mass punya protest.

Boleh ceritakan sikit latar apa yang sebenarnya buat kau rasa nak terlibat?

Waktu tu, mostly CD yang diorang jual dekat tapak-tapak ceramah. Orang tua aku bawak balik mostly CD dan yang aku paling ingat, yang Anwar mata lebam. Bila kita dah tahu yang protes ni sebab melawan kezaliman, sekali bila dalam news, (keluar) mata lebam pulak. Uish, ini lagi zalim. Dahlah kau zalim kat dia, lepas tu kau pukul lagi dia. Waktu tu [rasa] geramnya Mahathir ni, ini orang jahat.

Tapi CD yang paling famous waktu tu video klip. Kau ingat tak yang lagu (judul) tercalar pelangi, dihiris gerimis? Video tu memang main perananlah. Video tu rasanya diorang play dekat tapak ceramah apa semua, berkobar-kobar orang sebab dia mainkan sentimen keibuan Kak Wan Azizah. Lepas tu, nampak Nurul Izzah apa semua. Itu memang video propa waktu tu. Memang semua orang naik syeikh: Anwar ditindas, Anwar dizalimi.

Bila aku masuk UNISEL (tahun) 2008, itu waktu first Pakatan Rakyat naik dan ambik alih Selangor. Waktu tu baru semangat balik tau. Adalah macam series of [protests] yang kita join jugak, sebab kawan-kawan mansuh ISA semua.

Selangor (pun) PKR dah takeover. Ini dah mula menuju ke arah something bigger. Lepas daripada tu, slow balik. Dia selalu peak waktu nak PRU lah kan. Waktu nak election, peak.

Tapi UNISEL aku dropout. Aku masuk belajar safety and health dekat Hulu Kelang. Waktu masuk tu, menjelang PRU 2013, dah mula banyak movement student. Lepas tu, kita pun rasa macam terpanggil jugak untuk tolong. Waktu tu, tak ada apa-apa terlibat dengan politik parti. Sampai sekarang pun, kita just tolong kawan-kawan. Mula ada (Himpunan) student power, protest apa semua, kita pun macam oh. Nak pergi lah tengok. Waktu aku pergi, aku tak kenal siapa-siapa.

Kau pergi yang mana dulu? Occupy, Mansuh PTPTN ke gerakan mahasiswa?

Waktu tu aku pun tak ingat. Sebab aku dengan kawan-kawan Gombak ni, aku ada tarik sorang join geng. Sebab kita main motor kan, kita tarik budak-budak motor ni. Ada sorang member tu aku ajak pergi tengok kejap. Pastu dia pun ikut. Waktu tu memang relax, pergi tak ada benda so pergi tengok je lah. Aku rasa ada pergi yang Occupy jugak. Pergi, tapi macam tengok je. Tak layan.

Tapi bila start student punya protes (Disember 2011), memang aku follow. Yang depan SUHAKAM. Ada waktu tu Adam (Adli), Haziq (Abdul Aziz), Shukri Razab, Khalid (Ismath), Jaa, Mat dan tiga sepupu (diorang) tu lah. Dengan kau (pewawancara) semua sekalilah. Pastu aku ingat kat depan SUHAKAM tu, waktu tu aku tak kenal sesiapa pun. Ada Ekhsan Bukhari (juga). Dah jadi coach bola (sekarang). Bila pergi, aku rasa hebatlah cara student-student ni mobilise. Banyak dari universiti lain-lain semua. Ini dah macam kebangkitan balik ni.

Kredit: Blog Anak Sungai Derhaka

Waktu kat (protes mahasiswa Disember 2011) situ, diorang rasa tak cukup spark lah untuk diorang. Aku dengar antara diorang, salah seorang (ada) yang cakap macam mana kita nak bagi spark ni? Pastu aku dengar someone cakap kita (berarak) pergi PWTC! Sebab tu daripada bangunan SUHAKAM dekat Maju Junction, kita jalan ikut Jalan TAR lalu depan Cosmopoint. Jalan situ, jauh jugak tu jalan. Lepas tu naik kat PWTC. Pastu diorang jumpa Saifuddin Abdullah, [Timbalan] Menteri KPKT. Dia konon [nak] reform UMNO lah waktu tu, terpaling open lah dengan student. Dia turun, dia ambik memorandum apa semua. Waktu dia tengah cakap tu, kita orang kat tepi malaslah nak dengar apa benda dia orang [cakap], sebab crowd kan ramai. Dalam 200, 300 student jugak ikut berjalan. Block jugaklah Jalan TAR satu lane dengan banner besar ‘Mansuh PTPTN’. Tapi waktu tu, geng student jelah. So jalan ikut sampai depan lobi Dewan Tun Razak (di PWTC). Memang Saifuddin Abdullah turun.

Waktu dia turun tulah, dia orang nak spark (lagi). Adam Adli bagi spark. Dia turunkan bendera gambar muka Najib. Start daripada situ, memang spark lah dengan si Arman Azha (Abu Hanifah). Viral lah dia buat video pemuda UMNO mengamuk, ludah, cari Adam Adli, apa semua kan. So waktu tu, memang students dapatlah spark tu. Dia orang kira meletup lah satu Malaysia. Ramai yang support student movement apa semua.

Lepas tu, protes yang kemudian tu bergabung dengan Occupy kan. Menjelang BERSIH 3 yang duduk bantahan tu bergabung dengan Occupy Dataran. Still waktu tu, aku tak kenal sesiapa. Aku kenal orang waktu dekat Dataran. Orang macam kau (pewawancara), aku kenallah. Oh ni Zikri (Rahman) Buku Jalanan, tapi aku tak tegur. Belum kenal kan. Tapi aku ajaklah kawan Gombak dulu, Saddam nama dia. (Cakap pada dia) orang tak ikut bontot [Anwar] je. Sebab waktu tu, kawasan dia banyak kawan-kawan yang UMNO totok. Padahal, ada je protes yang tak ada kena mengena pun dengan [Anwar]. Cumanya mahasiswa sendiri dah makin cakna waktu tu. So kita pergi ke situ, dan itu first baru aku kenal dan berkawan dengan Ekhsan. Lepas tu, kenal Adam semua dan mula rapat dengan diorang.

Boleh kongsi sikit pasal kawan-kawan kat Gombak yang kebanyakan UMNO tu?

Diorang kawan-kawan motor aku. Dulu kita main motor, ramailah. Saddam, bila dia balik lepak dengan kawan-kawan Gombak dia, dia kena (kutuk). Kira kawan-kawan Gombak rasa macam, apa benda kau ni Saddam? Duk protes sana, protes sini? Tapi dia rilek je. Dia macam eh, betul lah. Kau baca ni, kau baca tu. Banyakkan membaca. Tapi bila aku pergi lepak dengan Saddam kat Gombak, budak-budak ni tak cakap depan-depan. Sebab diorang tahu kalau Oma bukak mulut, (memang) kena. Kira berjaya jugaklah membuka minda diorang ni sebab lepas tu BERSIH 3, BERSIH 4 semua, diorang pun turun. Diorang (daripada) tak faham dan naif, sebab, ya lah, tak ada diskusi awam dan tak terbukakan. Media mainstream kita pun, takdelah bincang benda ni secara [terbuka]. So kira ni semua movement kedai kopi.

Apa maksudnya movement kedai kopi?

Ni grassroot punya politik, semua lepak kedai kopi punya. Kalau kita cakap oh, ini sembang kedai kopi je, tak. Salah. Itulah sebenarnya grassroots. Orang-orang biasa yang lepak situ. Kau bukannya hanya berbual dan berbicara daripada atas.

Kira kau dan kawan-kawan Gombak memang jenis lepak kedai kopi. Student movement pun, kebanyakan benda memang sembang kat kedai kopi kan?

Waktu tu, student movement ni sempoi. Bila ajak lepak, diorang datang. Adam, Ekhsan, walaupun daripada UPSI, dia orang datang lepak sekali. Lepas tu, dia orang sendiri pun terangkanlah kat budak-budak tu. So bila turun explain dan cerita semua sendiri, diorang pun rasa okay. Ni logik dia. Dia orang terbukak minda. Tak duduk kat pemikiran lama. Dan aku rasa benda tu stick sampai sekaranglah, semua open-minded.

Kredit: Facebook Halim Hamid

Apa yang menyebabkan kau rasa macam nak sumbang pada gerakan mahasiswa ni? Waktu dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tu?

Ya, (waktu tu) Syukri Razab, Safwan Anang. Daripada situ, baru aku kenal seorang-seorang ni semua. Waktu tu, ketakutan orang pasal SB (Special Branch). Dia punya fear mongering, dia ni SB, tu SB, semua orang macam paranoid. Even Kelab Bangsar Utama (KBU) paranoid.

Kita masuk, kita tunjuk diri kita sebenar, kita bukan SB. Dan aku (aktif) ikut untuk teater. Aku dapat watak untuk Isham Rais punya teater (berjudul) Bilik Sulit. So waktu tu, makin rapat dan kenal orang apa semua. Baru kita mula bergaul dengan orang lain. Lagi banyak discussion. Waktu tu, KBU banyaklah program dia. Sekarang tak tahulah KBU buat apa kan.

Waktu Occupy Dataran tu, kau tinggal di khemah ke macam mana?

Hari aku kena (tahan DBKL), aku dengan Muhallab, anak Pak Abu (Saari Sungib). Aku ajak dia pergi tengok protest camp. Aku tak tidur pun (sebelum tu). Malam tu first time nak tidur. Kalau tak aku pergi tengok, (kemudian) balik.

Malam tu first time aku nak tidur. Aku cakap Lab, jomlah, kita lepak tidur jelah. Tapi aku tak tidur pun dalam khemah sebab aku tak kenal orang. Waktu tu student SMM dan Occupy ada dua camp. Aku macam tak apalah, kita just nak solidariti dengan move(ment) ni yang nak voice out dia orang punya [tuntutan]. Kita bukan geng ni, bukan geng tu. Kita just nak tengok kebebasan bersuara tu macam mana, dan kita tahu memang polis DBKL akan guna apparatus mereka untuk halau dan pecahkan. Tunggu masa je.

Kredit: Facebook Abah Anas Ar Rembawi

Pagi tu, tiba-tiba DBKL datang, tapi dia orang tak pakai uniform. Dia orang datang pagi tu kemas-kemas apa semua, dia nak angkut Fahmi (Reza). Lepas tu, antara banyak-banyak diskusi malam sebelum-sebelum tu, (salah satunya) pasal (pentingnya) documentation. Aku keluar mamai-mamai sebab (masih) pagi kan.

Documentation apa maksudnya?

Documentation (kalau) ada orang kena tangkap ke. Someone kena buat documentation. Record. So aku buatlah. Aku tengah mamai-mamai pagi tu, apa benda polis ni, aku keluarkan phone aku. Waktu tu pakai Blackberry, aku rekod video Fahmi kena tangkap. Aku tidur kat belah sini, Fahmi kat (belah) sana. Ni Dataran macam ni [Oma melakar], Fahmi kat sini, khemah-khemah banyak.

(Muh)alab aku tak tau dia tidur kat mana (malam tu). Dia pakai sweater warna hijau kalau perasan dalam video (tangkapan) tu. Lepas tu, bila DBKL datang (dan) park van, diorang keluar ambik Fahmi. Aku bangun, aku keluarkan phone akulah. Dengan mamai-mamai tu, keluarkan phone. Nak dokumentasi lah kan. Ni bukti Fahmi (kena) illegal detention, illegal arrest. Macam tu lah.

Waktu tu berapa ramai polis?

Ramai. Semua tak pakai uniform. Dia kata diorang DBKL, dia kerumun Fahmi, dia nak bawak pergi van. Aku document kan kat so aku (macam) menghalang dia punya move untuk ke van ni. Sebab aku fokus (rekod) video tu, aku tak nampak lah crowd tu dah ke arah aku, so dengan aku sekali masuk dalam wave tu. Ada someone grip aku, kata “ha kau sekali, tarik sekali”. Kalau perasan, tu yang dalam video dengar Fahmi cakap “eh jangan, jangan, dia bukan”. So aku sekali masuk dalam van kena. Dia bawak pergi Dang Wangi.

Berapa lama kau kat Dang Wangi waktu tu?

Keluar terus petang tu. Lepas tu baru naik court dan didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Dan dijatuhkan hukuman?

Ni lagi satu. Majistret yang cover kes aku ialah majistret yang sama bagi (arahan) polis tutup Dataran Merdeka. Dia yang keluar pekeliling, dia yang sign untuk polis cordon Dataran Merdeka. So kita boleh tau lah keputusan dia tu. Dia yang masukkan aku sebulan penjara dan berapa ribu (denda), aku lupa. Kena bayar. Tapi lawyer aku waktu tu, Syahredzan (Johan), dia nak appeal. Tapi pelik orang yang dekat kaunter rayuan tu takde sebab hari Jumaat. Tak tau lah dia orang rehat awal ke apa, tapi waktu tu belum waktu rehat. Syah macam “ha ni something wrong, memang berlayarlah (masuk penjara) Umar ni”. Sebab tu Jumaat jatuh hukum, Sabtu, Ahad, Isnin baru dapat rayuan. Aku rasa aku keluar hari Isnin jugak atau hari Selasa, macam tu lah.

Kira kau duduk dalam jugak lah?

Kira dia bagi rehatlah, weekend. Tapi dalam weekend tu, cap jari semua ambik so sampai sekarang, memang ada rekod. Tapi aku rasa ni dia nak takut-takutkan movement waktu tu, tangkap orang apa semua.

Adakah benda ni menyebabkan kau rasa lagi nak terlibat dan faham cara polis bekerja?

Tak adalah, (tapi sebab) kita main motor ni memang dengan polis (pun kita) main-main. Even kadang geng-geng student tak boleh nak cam eh, ni siapa ni. Kita dah boleh cam sebab kita tahu tu polis, sebab kita dah biasa dengan benda tu.

So, knowledge yang kita ada ni, kita apply pulak dekat geng-geng (gerakan) student. Kita bagitahu hati-hati, yang tu polis. Tapi kita berhati-hati jugak sebab kita pulak tak nak jadi terlampau paranoid yang sikit-sikit polis, sikit-sikit polis. Kita nak terus bergerak.

Kredit: Facebook Fahmi Reza

Kredit: Facebook Fahmi Reza

Kredit: Facebook Occupy Dataran

Bila benda (tangkapan) ni jadi, tak ada pun rasa takut ke apa. Dia jadi macam challenge untuk kau tegakkan apa yang kau percaya. Dan kau nak orang faham apa yang sepatutnya, apa hak you, apa ni semua. Sebab tu bila SUARAM buat (advokasi) Hak Anda dan Kuasa Polis, aku suruh budak-budak motor ni pergi. Sebab kalau tak, senang-senang kau jadi ‘lubuk’ polis. Sedap je tahan.

Sebab tu jugak rasanya Mat (Mohammad Alshatri) pernah buat video Hak Anda dan Kuasa Polis, kena panggil dengan polis bagi statement. Diorang tak nak pecah rebung. Tapi zaman sekarang, susahlah nak buat macam tu. Orang dah tahu.

Membawa kepada fasa seterusnya, kau ada waktu (protes) May Day anti-GST (2014)?

May Day aku takde, aku kat New Zealand. Kitorang ada group, Geng Kotak nama dia. Geng Kotak sekarang tinggal kat Twitter je. Geng Kotak tu, kita pergi protes tangan kosong dan modal rendah. Bila pergi protes, kita ada (pen) marker kat tangan. Kita approach peniaga-peniaga yang jual air apa semua, ada kotak-kotak lebih, kita collect kotak-kotak tu. Kita tulis kat kotak, kita susun kat atas rumput dan kita pegang. So protes tu nampak ada isi bila media dapat capture oh, ni protes sebab ni. Sebab kalau protes kosong, kalau gambar je, takde suara kan. Kalau sekarang, video adalah. Tapi tu seni proteslah, kita buat jadi Geng Kotak. Daripada situ je kita bagi nama geng kita, Geng Kotak sebab kita semua collect kotak (waktu protes).

Yang kelakarnya, ada sekali tu kita susun kita punya tulisan atas jalan semua. Datang pulak brother “eh, nah bro, donate”. Dah donate duit pulak. Dalam masa setengah jam ke sejam tu, kita dapat beribu. Dekat seribu lebih orang donate. Tak tahu siapa first yang letak. Lepas tu, bila orang letak sikit, sikit, sikit, kita orang rasa “oh, ni memang orang percaya lah terhadap movement ni”. Support yang kita terima walaupun kita bukan siapa-siapa, kita just tulis (atas) kotak. Yang datang tulis atas kotak ni pun budak-budak (motor) Gombak, bukan student pun apa semua. Sebab Geng Kotak ni tak termasuk pun dalam geng mahasiswa. Adalah certain orang daripada geng student macam Amin (Landak), dia pun daripada Occupy. Ramai geng-geng semua.

Korang buat apa duit tu?

Kita orang guna untuk beli lagi bahan, beli pulak kain, apa semua. Pastu beli makan jugak, isi perut sendiri. Lepas protes tu, lapar. Waktu tu, Ali Abdul Jalil lah jadi tukang beli nasi lemak.

Geng Kotak, geng-geng Gombak, KBU, apa yang menyebabkan kau nak terlibat semua benda ni?

Orang kena tahu apa hak dia. Bila aku ajak kawan-kawan (motor) Gombak ni, aku nak dia orang pun faham. Sebab bila main motor ni, dia orang sikit-sikit takut, sikit-sikit takut. Walaupun diorang complete (mengikut undang-undang), diorang takut. Jadi bila benda-benda sekecik-kecik tu pun kau tak boleh nak [lawan], macam mana kau nak ubah benda yang besar, kan?

Untuk diorang, mungkin tak fahamlah mula-mula. Tapi bila kita “ha, ni hak kau apa semua”, kita nak kesedaran tu meluas. Sebab tu kita kawan dengan geng ni, kawan dengan tu, so semua dapat kefahaman yang sama. Kita suka benda tu orang faham. So sebab tu aku cakap Selangor ni susah lah kalau orang macam kita lagi ramai dan sebarkan kat kawan-kawan kampung. Tapi bukan kampung sangat pun, Gombak tu bukan kampung pun. Tapi dulu pemikiran tu pekat, semua BN, dacing, dacing, dacing. Lepas tu bila (wujud) keterbukaan politik, keterbukaan dalam hak dan undang-undang, baru diorang tahu. Macam sekarang, susah jugak lah kalau polis nak buat apa-apa kan. Diorang dah mula tahu dan tak takut.

Kredit: Facebook Abah Anas Ar Rembawi – Solidariti Mahasiswa

Kredit: Facebook Abah Anas Ar Rembawi

Occupy dengan gerakan mahasiswa (menuntut) mansuh PTPTN agak berbeza gerak kerjanya. Apa yang kau dapat lihat waktu tu dari segi kerjasama dan pertembungan pendapat antara diorang?

Diorang ada jugak yang tak sefahaman. Cumanya aku waktu tu, memang aku tak tahu dan tak kenal. Aku orang luar, aku boleh nampak macam tak (gerak) sekali. Diorang sekali, tapi tak (gerak) sekali. Duduk sekali kat satu tempat, tapi student punya kem belah sini, Occupy Dataran belah sini. Dan yang aku dengar, pasal isu donation. Mula-mula, dia orang buat tabung sekali kot. Lepas tu orang donate, tapi pembahagian tu, diorang tak tahu nak untuk apa.

Tapi yang sama-sama dia orang sepakat is macam mana handle documentation semua, macam mana handle bila enforcement datang, macam mana kita perlu react, macam mana bila kena tanya soalan, semua setuju yang tu. Lepas tu, kebebasan bersuara tu, Fahmi banyak push dekat situ. Fahmi, even student pun semua nonpartisan, so semua setujulah benda-benda yang core.

Tapi dari segi organisasi tu, antara diorang, macam dua organisation yang berbeza. Tu apa yang aku perasan. Sebab SMM banyak student, but crowd dia Melayu. Lepas tu, ada yang Islamis, ada GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia). Bila crowd Fahmi (bersama Occupy), ada dalam news yang bash Fahmi liberal semua kan. Tapi bila kita tengok, sebenarnya tujuan dia sama je. Untuk tegakkan hak apa semua, benda tu core lah. Pokoknya sama je. Bhinneka tunggal ika. Kesatuan dalam kepelbagaian.

Tu kira pertelingkahan dan kesamaan yang berlaku yang kau nampak, tapi itu protes kan? Orang yang berbeza-beza dalam ruang yang sama dalam nak mencapai sesuatu.

Perbezaan pendapat tu yang mencambah ruang untuk diskusi kan. Kenapa kau tak suka macam ni? Kenapa Melayu kena macam ni? Kenapa? Tapi semua berlaku dengan aman. Macam oh, okay. Ini yang kita nak. Boleh je kan. Kalau tengok debat Facebook, kerasnya, Debat Facebook dalam bahagian komen. Kalau sekarang ni tengok kat komen, semua cerita poyo. Bila depan-depan, dengar elok je. Kadang-kadang, racial (sentiment) ni pun kat Facebook macam “uish, kalau keluar ni kena katuk ke apa kan”. Tapi bila keluar, okay je. Tak ada apa pun.

Waktu tu, ada kecenderungan untuk taktik yang mungkin dilihat macam agak keras atau agak ‘nakal’. Boleh kau kongsikan sedikit kenapa ada kawan-kawan yang start rasa protes aman tak cukup dan perlu keras sikit?

Aku rasa semua ni start bila kita tahu akan ada perlawanan dan reaction dari government. Waktu tu memang diorang akan deploy FRU, so daripada situ mula “okay, macam mana kita nak protect diri kita?”

Mulalah ada yang fikir bawak mask. Ada yang fikir kita kena standby kalau tear gas punya canister, macam mana kita nak campak balik sebab benda tu panas. Ada yang mula standby bawak glove apa semua, tapi benda ni dia build up. Dia makin lama, makin ekstrem.

Waktu May Day yang first, okay lagi. May Day anti-GST yang second (tahun 2015) rasanya orang mula ada [ekstrem]. Kita percaya dengan kebebasan bersuara secara amankan, tapi ada certain-certain group ni, dia dah mula ekstrem. Tapi kita pun tak tahu macam mana level kemarahan dia, kita punya life lain daripada dia. Mungkin dia punya hidup susah lagi ke sampai dia punya level nak protes tu, memang dia pergi satu level lagi ekstrem. Jadi diorang mula berjinak-jinak dengan video-video dari luar, black bloc anarchists (contohnya).

Tapi aku tak terlibat waktu tu. (May Day) first yang langgar Unit AMAL, Ali [Abdul Jalil] kena bantai dengan Unit AMAL. Tapi yang ekstrem, May Day yang second round lah, 2015. Pak guard angkat pistol sebab geng-geng anti fasis (dan) black bloc. Tu dah memang main kasar lah kan. Kita tak tahu lah perasaan diorang. Marah dia macam mana waktu protes tu. Tapi waktu tu, memang polis akan cari yang baju hitam berbanding geng-geng parti politik. Yang pakai baju parti apa semua ni, polis tak [cari]. Polis lagi cari yang baju hitam.

(Protes) May Day kedua (2015) kau ada kat sini?

Yang kali kedua aku ada. Anti-GST yang dah mula ramai black bloc, baju hitam semua. Rasanya, polis pun (rasa) macam out of nowhere, apa geng-geng ni, geng siapa ni? (Diorang) ni nonpartisan (dan) budak-budak siapa semua ni kan. Diorang akan kumpul Pasar Seni. Yang waktu first diorang keluar, diorang pun tak agresif sangat cuma diorang bertelagah dengan Unit AMAL PAS.

Unit AMAL tak bagi masuk (Dataran Merdeka) apa semua kan. Unit AMAL PAS, tahu lah. (Nak) protect dia punya Presiden, Timbalan Presiden. Waktu tu, Abang Mat (Sabu) Timbalan Presiden. Lepas tu, bergaduh dengan Unit AMAL. Yang tu aku tengok dari luar lah, aku kat New Zealand.

Yang second aku ada. Yang tu yang kita kat Jalan Masjid India, diorang berarak dari Pasar Seni, tapi memang dia orang dah mula agresif. Memang style anti-establishment, anarki, masuk McDonald’s. Ya lah, bagi diorang, tu capitalism. Dia dah mula main isu kelas. Pergi nak spray kat bank sampai pak guard bank tu dah angkat pistol. Nasib baik dia tak tembak lagi warning ke apa kan. Kalau dah mula attack masuk tu, rasa habislah. Dia bukan takut dengan budak-budak ni. Tapi budak-budak ni ramai.

Protes yang next, memang baju hitam kena aim. Ada kawan waktu tu masuk KLCC pakai baju hitam, keluar kena tahan. Kita orang macam, dia black bloc ke? Waktu tu random je. Protes tu dah habis, tapi lepas daripada tu, polis aim. Habis semua yang baju hitam, hoodie hitam ni semua polis aim. Random je ambik sebab geng-geng ni memang fully tutup, muka tak nampak, cover semua, so polis main random tangkap je. Padahal takde kena-mengena.

Ada geng Buku Jalanan Melaka waktu tu turun daripada Melaka untuk protes, dia tak tahu nak pergi LRT. Pakai baju hitam. Salahnya, dia pergi tanya dengan polis, kena tangkap. Waktu tu, lama juga dia kena tahan dekat (Balai Polis) Dang Wangi dan memang ada vigil tiap-tiap malam untuk release.

Tapi rasanya ini satu polis punya interference untuk terus habiskan (cantas) black bloc ni. Tak tahu lah, mungkin black bloc tu betullah kot. Sebab selalu protes, polis akan kacau leader-leader tapi geng-geng baju hitam ni, diorang leaderless, organik, diorang pergi je. So polis rasa ini lagi bahaya daripada parti-parti politik. Takut kalau ni jadi trend, kita akan (jadi) macam Greece. Polis interfere (cantas) terus . Memang sekejap jelah geng-geng baju hitam ni. Tapi pemahaman dan ideologi tu masih ada lagi kat geng-geng ni rasanya, kalau tengok daripada certain-certain yang kita kenal apa semua.

Kredit: Facebook Hafizudin Nasarudin

Maksudnya kebersediaan tu ada lah.

Kebersediaan tu ada. Polis tak dapat nak bendung semua kan.

Nak patah balik sikit. Mansuh PTPTN first protes yang kau pergi sendiri?

Aku ada pergi sendiri dulu waktu protes air (Menolak Penswastaan Air Selangor 2010). Aku ada gambar depan Masjid Negara.

Ada protes yang kau terlibat sebagai organiser?

Secara kolektiflah. Aku dah lupa, banyak protes. Anti-Najib, Tangkap MO1, tapi semua benda tu berlaku dekat KBU kan. So bila dah bincang-bincang tu, nak execute, okay siapa buat ni, siapa buat ni. Kita adalah buat banner, cat apa semua kan. Benda tu discuss secara collective jugak lah. Kumpul mana, apa semua. Tapi yang kelakarnya, yang waktu diorang tak sempat nak protes Tangkap MO1 (2016) tu kan, sebelum PRU yang dekat depan Sogo tu. Mat Shatri, Amin Landak, Hadi Khalid, Aiman (Che Abd Razab). Turun-turun, okay meh sini (ditangkap).

So itu yang kau terlibat untuk tolong organise ke macam mana?

Kita tak terlibat langsung sangat. Kita ni menyumbang-nyumbang idea sikit-sikit, tolong-tolong belakang tabir, macam tu lah. Tapi basically, semua ni kolektiflah. Lepas dah meeting, macam mana nak execute, siapa nak buat, siapa ni, semua kita gerak bersama.

Peranan kau waktu tu kebanyakan di mana?

Kita kadang main percussion. Kita nak cakap memang takdenya. Nyanyi je lah. Geng-geng kita lah yang banyak main nyanyi-nyanyi ni. Kita (mula) nyanyi Buruh Tani dulu. Banyak lagu-lagu dari Indonesia punya movement apa semua, kita yang bawak nyanyi. Lepas tu, dibawak oleh Amir (Abd Hadi). Sebab Amir mula-mula lepak dengan kita kan. Dia bawak pulak pergi ke KBU, main dengan band dia, The BangsArt. Main sampai atas stage BERSIH. Kita waktu tu kat bawah je. Kita tengok oh, Amir bawak lagu yang kita nyanyi-nyanyi sampai atas stage eh, kita kat bawah. Okay, takpe. Ni waktu yang BERSIH (protes) 24 jam, BERSIH 4. Itu best.

Kenapa best?

Amir, dia dah bawak lagu yang kita nyanyi ni naik atas stage. Kita macam, kenapa kita tak naik sampai sana ah? Mungkin sebab kita memang di-sideline, dipinggir sebab kita tak banyak membantu dari segi idea kan.

Amir, dia pandai cakap semua. Okay lah, takpe lah. Waktu tu kita kat bawah, kita Geng Kotak ramai-ramai, re-group. Nampak Rara, panggil Rara. YB Young Syefura. Kita baik dengan dia sebab dia dulu join Chegubard SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia). Malam (protes) tu, orang penuh ni, Jalan TAR nak sampai Dataran (sesak). Tapi kita nampak lah stage tu, halus je. Diorang nak tunggu bersurai pukul 12 (malam). Waktu tu dah 11.45 macam tu. Macam mana kita nak pergi sampai depan stage ni?

Lepas tu, nampak Rara. Okay, Rara ada. Dia belum ADUN lagi, tapi orang dah mula kenal dia. Lepas tu, ada si kawan-kawan Raymond (Lim) yang percussion, geng-geng Occupy. Kitorang ajak dia sebab kita orang tak ada percussion. Kita orang nak buat kotak, lepas tu nyanyi-nyanyi, tepuk-tepuk tangan, tak cukup. Kena ada percussion.

Kitorang nampak geng-geng dia orang. Kita tanya “eh, korang nak pergi depan tak?” Lepas tu dia kata “boleh ke? Ramai orang ni?”, “Takpe, percaya kat kita”.

Kitorang nyanyi, korang main drum. Diorang pun okay. Kita orang nyanyi, geng-geng Raymond main percussion. Pastu Rara semua ada kat depan, pastu ada geng-geng kita semua, pastu ada Jay Jay Denis atas truck. Kira ni stage BERSIH, pastu truck kat tengah-tengah, kita orang dekat belakang. So bila kita orang ketuk-ketuk, nyanyi-nyanyi apa semua tu, Jay Jay kat tengah tu nampak. Dia cakap “eh, bukak jalan”. Tak tahu lah, mungkin dia ingat ni someone ke, apa ke, aku pun tak faham. Tapi memang macam terbelah, macam Nabi Musa letak tongkat. Mungkin sebab orang ingat ada percussion lain untuk menuju ke stage, [jalan] bukak sampai depan stage.

Tapi sebelum sampai tu, pukul 12. Kita orang dah sampai tu, dengar Mandeep (Singh) cakap daripada atas stage okay, apa-apa yang berlaku lepas ni, kita tak bertanggungjawab. Kita orang panaslah jugak kan. Apa ni Mandeep, ini anti-klimaks. Korang dah buat 24 jam macam ni, tiba-tiba korang cakap lepas pukul 12, siapa yang (stay) ni (tanggungjawab sendiri)– kalau ni pun, kau tak payah cakap lah. Takyah cakap, biar. Orang dah tahu okay, dah habis, korang blah kan. Kau tak payah lah sebut “oh, bersurai, bersurai”, (secara) paksa. Banyak kali jugaklah dia ulang. Kita orang macam tak boleh ni, anti klimaks ni. Orang tengah hype ni kan, tengah sedap ni.

Kita boleh katakan kau terlibat dalam banyak arus. Macam bila dengan keluarga, arus Islamik dan politik Islam. Kemudian, kau terlibat dengan kawan-kawan gerakan pelajar. Kemudian, BERSIH. Apakah kesan dia terhadap kau sebagai seorang individu?

Bila kita membesar dalam family yang, nak kira Islamis ke? Dia orang chill-chill lah jugak sebab aku rasa IKRAM ni, dia lagi open. Dalam BERSIH, IKRAM terlibat jugak Steering Committee. So aku rasa benda tu takde langgar apa-apa pun dalam Islam. Social justice, mana ada kacau apa kan. So aku rasa sepatutnya, kalau orang-orang Islam tu sendiri terlibat untuk movement yang macam ni, lagi orang akan pandang Islam tu [positif] lah kan. Tapi kalau you bawak Islam yang kolot, orang akan cakap mana social justice dalam Islam ni? Kenapa sikit-sikit, terus hukum dan judge orang? Itu yang aku rasalah. Bila kita takde rasa masalah, walaupun datang dari family yang kira Islamis lah jugak kan, tapi sebab acuan dia tu, apa yang perkara asas tu tak contradict dengan ajaran Islam, so kita okay lah. Movelah dengan benda tu. Kefahaman tu pun ikut perkara pokok yang kita faham kan. Takde menggugat pun kita punya iman ke, akidah, apa semua. Tapi tu lah. Tak faham lah yang sekarang ni, bila orang tak sehaluan dengan dia, oh terus [kecam]. Kau tengok MB Kelantan baru, Nassuruddin (Daud) semalam cakap? Aku tengok kat Twitter. Dia cakap dua DUN Kelantan (yang dimenangi PH) tu tak ikut perjuangan Islam. You jangan lah parti you branding Islam, you cakap tu (satu-satunya) perjuangan Islam. Kalau you buat benda buruk, orang anggap apa? Nak anggap Islam tu buat buruk? Tak, tu parti you yang buruk. Mana boleh you conclude macam tu. Parti, parti lah. Tapi benda-benda macam tu lah yang bila kita bergaul dengan ramai orang, kita boleh faham oh, benda ni tak boleh. Kena pisah.

Kredit: Mohd Rasfan AFP

Kau antara beberapa orang yang kita interview setakat ni yang secara kasarnya, ada memori ‘98. Daripada join protes ‘98 tu sampai sekarang, apa yang sebenarnya tumbuh dalam diri kau sendiri?

Sebab waktu ‘98 tu kecik lagi. Kita kena ikut ibu bapa kita kan. Tapi bila kita dah besar ni, kita sendiri yang lead crowd tu untuk sampai ke depan. Kita rasa walaupun kita ni bukan someone, kecik je, tapi sebenarnya kita boleh bawak crowd untuk something yang positif.

Benda yang positif, bila you dalam crowd yang sama untuk satu perjuangan yang sama, you boleh trust each other. Dan bila dia orang dok main racial isu apa semua, ini semua poyo lah. Semua politik pecah perintah ni kan. Padahal, kita tak ada masalah pun race-race ni, Cina, Melayu, India, semua. Takde gaduh apa pun. Kita boleh bekerjasama untuk satu tujuan dan perjuangan yang bagus. Itu lah beza dia, macam waktu kecik tu, kita belajar, kita tengok macam mana.

Tapi protes tu tetap protes. Kalau kau tengok crowd ‘98, crowd yang sekarang, samalah (tetap) protes. Cumanya, macam mana reaction terhadap protes tu kan. Tapi dari dulu, sama lagilah hantar deploy FRU bila crowd yang besar ni. Tapi government dah mula pandai. Dia orang sendiri dah okay, tak boleh. Dia orang reverse psycho(logy). Dia orang okay, biar je. Tak tahu lah Madani ni ada ke tak nanti protes. Setakat ni, (zaman Muhyiddin dan Ismail Sabri) jadi Perdana Menteri, ada protes?