Mempersembahkan buku terbitan baharu Pusat Sejarah Rakyat (PSR) berjudul Tokoh-Tokoh Pejuang Rakyat.

Naskhah suntingan oleh Dr. Syed Husin Ali, Prof. Rahman Embong serta Zikri Rahman ini menampilkan 19 pengarang menulis tentang 27 tokoh pejuang politik dan aktivis pelbagai lapangan sebelum dan selepas Merdeka.

Bagaimana ideologi dan perjuangan membentuk sosok dalam gerakan yang ada? Peristiwa seperti apa melatari perjuangan cukup panjang dalam mengisi kemerdekaan? Seperti apa cita-cita yang mahu dibangunkan oleh mereka ini semua? Jawapannya ada di dalam terbitan setebal 332 mukasurat yang berharga RM 60 senaskhah ini.

Pesan segera di Shopee Pusat Sejarah Rakyat di pautan INI.

Serta, boleh terus didapati di kedai buku terpilih seperti Gerakbudaya, Toko Buku Rakyat, Tokosue, Ilham Books & The Bibliophile Bookshop.