26 Januari 1962

Tahukah kamu 54 tahun dahulu di ibukota Kuala Lumpur telah berlangsung sebuah persidangan yang buat pertama kali menghimpunkan golongan sosialis di Malaya?

‘Malayan Socialist Conference’ pada 26-28 Januari 1962 di Dewan Chin Woo, Kuala Lumpur yang telah dihadiri oleh wakil-wakil dari 8 buah parti-parti politik sosialis di Malaya, Singapura, Sarawak dan Brunei.

Bendera-bendera parti yang terpampang di atas pentas dalam gambar (dari kiri ke kanan):
Sarawak United People’s Party (SUPP)
People’s Action Party (PAP)
Labour Party of Malaya (LPM)
Malayan People’s Socialist Front
Parti Rakyat Malaya (PRM)
Barisan Sosialis Party (Singapore)
Workers’ Party (Singapore)
Parti Rakyat Brunei (PRB)

Persidangan ini telah membincangkan rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia yang diusulkan oleh Tunku Abdul Rahman & Kerajaan Parti Perikatan. Wakil-wakil dari PAP telah bertindak keluar dewan selepas kertas kerja mereka untuk menyokong rancangan Persekutuan Malaysia ditolak oleh sidang.

Sidang ini telah meluluskan resolusi membantah Rancangan Persekutuan Malaysia.

Antara resolusi yang diluluskan oleh sidang ini ialah mengutuk tindakan memaksa Rancangan Malaysia tanpa mendapat persetujuan rakyat Borneo, dan menuntut supaya rakyat segala bangsa di negeri-negeri Borneo diberi hak untuk menentukan halatuju mereka sendiri melalui proses demokratik.

Sumber gambar: The Labour Party of Malaya, 1952-1972: Selected Documents, complied and edited by Tan Kim Hong (Party History Working Committee, LPM 2000)

malayan-socialist-conference

Leave a Reply