2 Februari 1963

Hari ini dalam tahun 1963, lebih 100 orang aktivis kiri, aktivis kesatuan buruh dan pemimpin politik pembangkang telah ditahan dalam operasi besar-besaran yang dinamakan “Operation Coldstore”.

Operation Cold Store telah dilancarkan mulai 2 Februari 1963 oleh Kerajaan Kolonial British dengan persetujuan dari Lee Kuan Yew dan Tunku Abdul Rahman. Sejumlah 133 orang aktivis kiri dari parti pembangkang, kesatuan buruh, persatuan akar-umbi, dan gerakan mahasiswa telah ditangkap dan ditahan tanpa bicara atas tuduhan terlibat dalam konspirasi “pro-komunis”.

Menurut Said Zahari, wartawan dan editor Utusan Melayu yang turut sama ditangkap dan dipenjara selama 17 tahun, bahawa tujuan sebenar operasi tersebut dijalankan adalah untuk melemahkan kuasa pembangkang terhadap rejim PAP di Singapura.

Antara yang ditangkap dalam operasi tersebut selain Said Zahari ialah pemimpin-pemimpin tertinggi Barisan Sosialis seperti Lim Chin Siong, Poh Soo Kai, Lim Hock Siew, Chan Chiaw Thor, Fong Swee Suan, S. Woodhull, Lim Shee Ping, James Puthucheary dan Dominic Puthucheary.

Ramai yang telah dipenjarakan berbelas-belas tahun malah berpuluh tahun tanpa bicara.

02-02-operation-cold-store-1963

Leave a Reply