Pada hari ini dalam tahun 1947, “Malayan Teachers’ Union”, sebuah kesatuan sekerja peringkat kebangsaan untuk cikgu-cikgu sekolah di Malaya dan Singapura telah ditubuhkan.

Pada 12 September 1947 di Kuala Lumpur, guru-guru di seluruh Malaya dan Singapura telah bersatu untuk menubuhkan “Malayan Teachers’ Union”.

Dalam majlis penubuhan union itu, wakil dari Singapore Teachers’ Union telah berucap:

“Pada masa kebangkitan kesedaran politik rakyat Malaya yang sedang berlaku sekarang ini, kita sebagai cikgu-cikgu mempunyai satu tanggungjawab penting dalam pembentukan minda rakyat dan warga sebuah negara Malaya yang berkerajaan sendiri di masa hadapan… Kita tidak bisa mainkan peranan ini dengan jayanya di bawah terma-terma perkhidmatan yang sedia ada kecuali jika kita menyusun diri kita dan bersatu dan bekerja bersama ke arah membentuk sebuah perkhidmatan pendidikan yang bersatu-padu.”

Pada tahun 1954, kesatuan guru-guru ini telah mengubah nama mereka dari “Malayan Teachers’ Union” kepada “National Union of Teachers” (NUT).

Pada tahun 1973, NUT dan Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Kebangsaan (KKGSK) telah bersatu untuk menubuhkan “National Union of the Teaching Profession” (NUTP), kesatuan sekerja paling besar dalam negara yang kekal sehingga hari ini.

Sumber gambar: Akhbar Malayan Tribune, 11 Sept 1947

malayan-teachers-union-formed