Pada hari ini dalam tahun 1947, persidangan delegasi PUTERA-AMCJA telah sebulat suara meluluskan sebuah Perlembagaan Rakyat sebagai alternatif kepada Perlembagaan Federation of Malaya ciptaan penjajah British bersama UMNO. Perlembagaan ini dicipta untuk sebuah negara Malaya yang merdeka dan berkerajaan sendiri.

Bagi meraikan perlembagaan ini, tarikh 10 Ogos telah dipersetujui secara sebulat suara sebagai “Hari Rakyat Malaya” (Malaya People’s Day) untuk memperingati perjuangan rakyat dan PUTERA-AMCJA.

Keputusan ini telah dibuat dalam persidangan ketiga wakil-wakil pertubuhan berbilang kaum dalam PUTERA-AMCJA di Kuala Lumpur pada 3 November 1947:

“Malaya (People’s) Day: It was unanimously agreed that August 10th of every year should be the day set aside for commemoration of the day (August 10, 1947) when the People’s Constitutional Proposals, drafted by PUTERA and AMCJA were finalised; and on that day pledges to abide by the People’s Constitution; to strengthen the PUTERA-AMCJA united front; to consolidate national unity; and to struggle undaunted until the PUTERA-AMCJA achieved their joint aims, will be taken.”

Malangnya penjajah British telah menolak sepenuhnya Perlembagaan Rakyat tersebut dan terus melaksanakan Perlembagaan Federation ciptaan mereka walaupun tidak dipersetujui oleh sebahagian besar rakyat pada masa itu yang telah menunjukkan bantahan mereka melalui mogok hartal pada 20 Oktober 1947.

SUMBER: Minutes of the Third Delegates Conference of the PUTERA-AMCJA (Kuala Lumpur, 3 November 1947) & The People’s Constitutional Proposals of Malaya (Kuala Lumpur, November 1947)

10ogos1947