Hari / Tarikh: Khamis / 27 Julai 2023
Waktu: 8:30 Malam
Pelantar: Zoom

Abstrak Diskusi:

Mendiang Profesor Cheah Boon Kheng (1939 – 2015), seorang sarjana serta sejarawan sohor yang cukup penting. Disiplin pensejarahan Malaysia barangkali canggung tanpa penulisannya yang cukup meluas. Usaha intelektualnya meliputi 19 penulisan serta suntingan, antaranya memperihal tentang Malayan Democratic Union; parti politik pertama di Singapura pasca Perang Dunia Kedua, sehinggalah kepada bacaan semula cerita rakyat serta pejuang rakyat antaranya sosok seperti Panglima Nayan dan Tok Janggut, serta pembacaan kritisnya tentang gerakan kiri dan komunisme di Malaysia cukup mengagumkan.

Menerusi perkongsian rentas-generasi ini bagi memperingati Mendiang Profesor Cheah Boon Kheng dalam bulan pemergiannya ini, kami di Kawah Buku dan Pusat Sejarah Rakyat cukup berbangga untuk bersama Prof. Diana Wong (Sosiologis, Ahli Lembaga Pusat Sejarah Rakyat) serta Imran Rasid (Penyelidik serta Penulis, Universiti Terbuka Anak Muda / Jentayu) dalam menyinggung beberapa persoalan bagi menyoroti legasi dan disiplin pensejarahan Cheah Boon Kheng.

Suasana dan bentuk kesarjanaan seperti apa yang mengacu dan membentuk sikapnya terhadap sejarah? Seperti apa pertembungan dan pembauran gagasan serta polemik sejarah pada zamannya membuka jalan ke hadapan dalam melihat sejarah warga-negara kita? Bagaimana disiplin pensejarahannya ini membuka lembar baru kajian sejarah sosial di masa hadapan?

Pembicara:

1) Prof Diana Wong (Sosiologis, Ahli Lembaga Pengarah Pusat Sejarah Rakyat)

2) Sdr Imran Rasid (Penulis & Penyelidik, Universiti Terbuka Anak Muda & Jentayu)

Pemudahcara:

Dr. Teo Lee Ken (Penyelidik, APPGM – SDG)