Pada 28 Mei 2022 lalu, pihak Pusat Sejarah Rakyat bersama dengan Jabatan Sejarah & Tamadun UIA, VIRTUE IIUM & Histforium – History and Civilization of IIUM menganjurkan Bengkel Sejarah Lisan – Pusat Sejarah Rakyat bertempat di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.
May be an image of text
Melibatkan lebih 35 peserta dengan tiga pembentang yang berbeza, kami memperhalusi seperti apa sejarah lisan dapat dirakam dari peringkat akar umbi melibatkan beberapa siri pembentangan dan perkongsian.

Dr. Por Heong Hong membentangkan tentang teori dan keperluan sejarah lisan dalam kaedah pensejarahan.

Dimulakan dengan pembentangan melibatkan teori dan amali konsep sejarah lisan oleh Dr. Por Heong Hong (pensyarah Sains Politik, USM & Ahli Lembaga Pengarah PSR), peserta melihat kepada pertembungan metodologi dalam proses pensejarahan dan pengarkiban.

Dr, Ramze berkongsi tentang keperluan memaknakan sejarah lisan dalam bentuk material, misalnya melibatkan projek pemetaan masyarakat Penan dalam usaha merebut hak ke atas tanah adat.

Kemudian, pembentangan diteruskan oleh Dr. Ramze Endut (Felo IKMAS, UKM & Penggerak Ingatan.org) yang melihat kepada perkembangan budaya makna (meaning culture) dan penerusannya lewat budaya kehadiran (presence culture).

Dr. Rusaslina berkongsi tentang susur masa sejarah dan bagaimana sejarah peribadi dan negara bertautan.

Pembentangan terakhir pula melibatkan sudut pandang praktikal, etika dan kaedah wawancara sejarah lisan oleh Dr. Rusaslina Idrus (Antropologis dan Ahli Lembaga Pengarah PSR) yang cukup berguna bagi para peserta untuk meneruskan projek merakam sejarah lisan nanti.