Bagi Siri Syarahan Umum yang pertama ini, kita menampilkan sosok yang tidak lagi asing dalam peta sains sosial negara, Prof. Dr. Syed Husin Ali, dengan judul syarahannya Peri-Penting Sejarah Dari Bawah yang akan menyentuh pengenalan tentang sejarah rakyat melalui gerak kerja Pusat Sejarah Rakyat.

Tarikh: 26 Mac 2022

Waktu: 2:00 Petang – 5:00 Petang

Abstrak syarahan:

Syarahan ini membahaskan tentang tujuan dan aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Sejarah Rakyat sepanjang penubuhannya dengan memberi penekanan tentang perspektif sejarah dari bawah, yang juga dikenali sebagai sejarah rakyat. Fahaman sejarah yang sebegini penting bagi membezakannya dengan sejarah rasmi yang sering perspektifnya datang dari atas yakni oleh golongan elit dalam masyarakat. Dalam menandingi apa yang sering terdapat dalam sejarah rasmi, syarahan ini akan memperhalusi peri-penting sejarah dari bawah.

Anjuran:

Siri Syarahan Umum Pusat Sejarah Rakyat ini merupakan anjuran #PusatSejarahRakyat dengan kerjasama #DemokratUniversitiMalaya dan #NaratifMalaysia.