Proses Sebuah Protes: Dari Mana Nak Ke Mana? (Sesi dalam dwibahasa)
From Process to Protest: Afterlives of Protes (Session is in bilingual)

ABSTRAK DISKUSI

“Ke mana perginya mereka semua? Bagaimana mereka yang terlibat, malah pernah menerajui pelbagai demonstrasi suatu ketika dahulu menilai segala pengalaman saatnya mereka menjenguk kembali ke waktu lalu?”

Persoalan sebeginilah yang mencetuskan DEMO, sebuah projek dokumentasi sejarah lisan serta memori kolektif protes yang menjadi tempoh kritikal transisi pendemokrasian di negara kita. Setelah hampir 50 jam wawancara melibatkan lebih 30 aktivis, penganjur serta demonstran dari pelbagai latar yang memperjuangkan pelbagai isu, apakah dapatan daripada projek DEMO ini? Adakah wujud tema yang berulang, atau ‘pattern’ yang dialami, atau pesanan (atau kesalan?) yang dibangkitkan oleh mereka ini semua di dalam melihat ruang protes, proses pempolitikan (politicisation) serta strategi yang wujud?

Di dalam sesi ini, kita bersama Saudara Arul; sosok penting demonstran serta penggerak masyarakat bersama Parti Sosialis Malaysia, Dr. Sharifah Nursyahidah Syed Annuar; pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, serta dua barisan penyelidik DEMO; Ooi Kok Hin, Pengarah Eksekutif BERSIH serta Jeremy Lim, setiausaha dan penyelaras projek Imagined Malaysia dalam mengupas proses sebuah protes.

TAYANGAN DOKUMENTARI


Di dalam sesi tayangan dan diskusi ini, Zikri Rahman sebagai moderator; Penyelaras Program bagi Pusat Sejarah Rakyat, bersama dua pembikin filem pendek Mohammad Alshatri; aktivis Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) serta pembikin dokumentari, Perhimpunan Haram dan Nurfitri Amir Muhammad; Setiausaha Persatuan Solidariti Pesawah Padi Malaysia (PESAWAH), Ketua Penyelaras Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) serta pembikin filem Petani Bukan Pemalas.

Projek digerakkan oleh Pusat Sejarah Rakyat, BERSIH serta rakan publisiti, Imagined Malaysia. Projek didanai oleh Democracy Discourse Series.

Terima kasih kepada Gerakbudaya di atas kesudian berkongsi ruang acara.