Tarikh: 24 Mei 2025 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Dewan Teratai, Fakulti Sains, Universiti Malaya
Bersempena Sambutan 70 Tahun Penubuhan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dengan kerjasama PSR serta Naratif Malaysia (NM), sebuah wacana dianjurkan berjudul “Idea, Keintelektualan & Masyarakat: Merancang Masa Hadapan.
Dengan menjemput dua tokoh intelektual Malaysia, Profesor Emeritus Dr. Jomo Kwame Sundaram (Ahli Ekonomi, Institut Penyelidikan Khazanah) dan Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong (Ahli Lembaga Pengarah PSR & Sosiologis), ia membahaskan garis besar perkembangan ilmu kemanusiaan dan sains sosial di Malaysia dengan menanggapi konteks masyarakatnya.