← Kembali ke Suara Pembangunan

The fifth audio essay for the Suara ((( Pembangunan ))) project is produced by Nur Nadia Lukmanulhakim, titled “Tentang ingatan dan waktu: Perbualan tiga generasi”.

In this Malay-language audio essay, Nadia records the unique experience of her grandfather who served as a royal palace attendant, alongside that of her grandmother. She attempts to chronicle her family’s journey across time and places, and comes up against the challenges of memory due to her grandparents’ age.

Reflecting on the process of producing a narrative from memories across generations, Nadia reflects:

I think the repetition by itself is also part of my memories and my collective memories of how…the way it has been told to me. Because if you think about it the way the audio is shaped, even though I depended a lot on my father’s story, a lot of the back stories…are actually part of the stories that has been told to me when I was a child, when I was a teenager…

Nadia’s essay reveals the constructed and mobile nature of memories, and how memories latch onto different priorities according to one’s phase of life. The incorporation of other sound elements from the natural environment into the audio essay reflect memories of her childhood in Negeri Sembilan, recalling a time when her grandparents were healthier.

Suara ((( Pembangunan ))) is a collaboration between Dr. Aizuddin Mohamed Anuar (Lecturer in Education, Keele University) and Zikri Rahman (Programme Coordinator, Pusat Sejarah Rakyat) and is funded by Faculty Research Fund (FRF) 2023-2024, Faculty of Humanities and Social Sciences, Keele University.

[Bunyi air hujan jatuh atas bumbung]

Saya masih ingat lagi memori zaman kanak-kanak saya. Setiap kali raya Aidilfitri diraikan di Arau, Perlis, ayah akan membawa kami sekeluarga, bersama atok dan nenek ke Majlis Rumah Terbuka Diraja, dan membawa kami bersalaman dengan Raja Perlis. Pada masa itu, saya masih tidak faham. Kenapa perayaan Aidilfiti di keluarga sebelah ayah, selalu bergilir antara Arau, Perlis dengan Johol, Negeri Sembilan. 

[Suara cengkerik]

Nadia (penemu bual): Jap, nak tanya lagi sekali. Nenek kahwin dengan atok, masa atok kerja dekat Negeri Sembilan lagi? 

Nenek: Ha?

Nadia (penemu bual): Nenek kahwin dengan atok masa atok kerja dekat Negeri Sembilan lagi?

Nenek: Negeri Sembilan. 

Nadia (penemu bual): Negeri Sembilan

Nenek: Dekat rumah kampung. 

Nadia (penemu bual): Masa tu duduk dekat Negeri Sembilan berapa lama dengan atok?

Nenek: Tak lamalah. 

Nadia (penemu bual): Tak lama. Dalam dua, tiga tahun macam itulah?

Nenek: Setahun je kot. 

Nadia (penemu bual): Oh setahun lebih?

Nenek: Ha. 

Nadia (penemu bual): Lepas itu..

Nenek: Lepas itu pindah KL. 

Nadia (penemu bual): Lepas itu pindah KL ayah kecil lagi masa itu? Pindah KL ayah kecil lagi masa itu?

Nenek: Hmm

Pak Su: Ada apa lagi nak tanya?

[Suara cengkerik]

Atok: Dulu dekat KL sebab mak ayah kerja dekat Kuala Lumpur lah. 

Nadia (penemu bual): sebab mak ayah ayah,

Atok: kerja dekat Kuala Lumpur

Nadia (penemu bual): oh pindah ke Kuala Lumpur

Atok: Ah. 

Nadia (penemu bual): Atok bekerja sebagai apa? 

Atok: Pelayan diraja lah. 

Bunyi air hujan jatuh atas bumbung (rakaman sendiri)

Ketika percubaan saya untuk merakam suara atok dan nenek untuk bercerita pengalaman mereka ketika berada di Negeri Sembilan, saya terasa sedikit menyesal kerana tidak menjalankan projek ini lebih awal. Atok dan nenek jelas sekali sudah lanjut dimamah usia. Umur atok yang sudah mencecah 90 tahun menyebabkan ingatan beliau sudah samar-samar. Malah percakapan beliau juga bernada perlahan, sehingga sukar untuk merekod suara atok. Ketika saya bertanya berkenaan perjalanan atok memulakan karier sebagai pelayan istana, atok menjawab pendek: “Orang kenalkan atok, itu yang kerja istana. Atok kerja istana Negeri Sembilan tak lama. Setahun lebih macam itu”. 

Namun sepertinya nenek masih gagah dan mampu berseloroh dengan cucunya. Ketika saya mahu mula berbicara dengan nenek dan bertanya tentang ingatan beliau pada awal waktu perkahwinannya, sepertinya memori nenek kini sudah berlegar dan fokus pada anak cucunya yang sudah meningkat dewasa dan memulakan keluarga mereka sendiri. 

Nadia (penemu bual): Siapa suka menangis?

Nenek: Nadia kecil-kecil suka menangis. 

Nenek dan Nadia ketawa

Nadia: Yang itu Nadia punya, Nadia nak tanya nenek punya

[Bunyi burung berkicauan]

Namun sepertinya bagi nenek dan juga ayah, memori di Arau, Perlis masih segar dalam ingatan mereka. 

Nenek: Tak lah lama. Tahun 65 (1965) balik Perlis.

Nadia (penemu bual): Oh balik Perlis tahun 65? 

Nenek: Ha. 

Nadia (penemu bual): Oh. Lepas itu..

Nenek: Masa itu Pak Teh kecil lagi.

Nadia (penemu bual): Pak Teh kecil lagi?

Nenek: Pak Teh tiga bulan waktu balik Perlis. 

Nadia (penemu bual): Oh Pak Teh tiga bulan? 

Nenek: Ha. 

Nadia (penemu bual): Oh ayah..

Nenek: Ayah maklong masa tu (dah) jalan, kecil lagi lah.

Nadia (penemu bual): Ah… 

Nenek: Ayah dengan maklong. Lepas itu, Pak Teh baru tiga bulan, balik Perlis. 

Atok: Ada mak lah. 

Nadia (penemu bual): Ada kuarters lah?

Atok: Kuarters Istana Arau, berek Arau, rumah berek, rumah kakitangan berek.

Nadia (penemu bual): rumah kakitangan berek. 

Atok: Ha berek Istana Arau lah. Rumah kayu atok

Nadia (penemu bual): Rumah kayu dekat Perlis?

Atok: Ah, berek. 

Nadia (penemu bual): Oh berek Istana Arau?

Atok: Ah. 

Nadia (penemu bual): Oh, bukan rumah yang sekarang ini?

Atok: Rumah berek Istana Arau Perlis tu lah. 

Nadia (penemu bual): Oh. 

Atok: Yang rumah papan tu. Rumah Pak Julie, rumah Pak Razak, rumah Mak Com, rumah Mak Ani, rumah abah. 

Nadia (penemu bual): Oh. 

Atok: Rumah abah yang no empat yang hujung sekali, sebelah, dekat dengan pagar, pagar, pagar yang tu lah, ada, sebelah

Nadia (penemu bual): Pagar istana tu? Pagar Istana Arau tu?

Atok: Ah. 

Nadia (penemu bual): Oh situ berek, berek, berek Istana lama dulu. Berek untuk pekerja istana?

Atok: Ah. 

[Bunyi air mengalir] 

Pengalaman menjalankan projek ini membuatkan saya sedar bahawa memori atau ingatan itu sendiri bukan sesuatu yang statik. Ianya berubah-ubah, bergantung kepada mereka yang mengingatinya. Mungkin pada suatu fasa kehidupan itu, mereka giat mengingati perjalanan hidup mereka membanting tulang demi anak-anak. Namun, masa yang meluncur laju membuatkan ingatan kemudiannya berubah arah, kepada kesihatan diri sendiri, kepada dilema yang dilalui kini. Itulah yang kini dihadapi oleh atok dan nenek saya yang sedang meniti hari tua dan semakin uzur. Perbualan dengan atok dan nenek juga kini  berlegar sekitar tahap kesihatan dan ubat-ubatan. Aneh sekali bila mengingatkan bahawa 10 tahun dahulu, kedua-dua sosok tubuh ini masih gigih menziarahi sanak-saudara ketika kenduri kendara. Kini, perbualan mengenai sanak saudara juga kian surut kerana seorang demi seorang sanak saudara sudah pergi menghadap Ilahi. 

[Bunyi ketukan instrumen seakan-akan gong]

  1. Selamat tinggal Istana Negara, Rusli bangga berkhidmat di bawah 10 YDPA

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/selamat-tinggal-istana-negara-rusli-bangga-berkhidmat-di-bawah-10-ydpa-291149 

2. Palace, Political Party and Power: A Story of the Socio-Political Development of Malay Kingship

https://www.newmandala.org/book-review/review-of-palace-political-party-and-power-tlcnmrev-xxviii/ 

3. Shielding Tuanku come rain or shine, says Kelantan palace employee by Ida Nadirah Ibrahim

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2017/04/21/shielding-tuanku-come-rain-or-shine-says-kelantan-palace-employee/1360739 

Kredit:
Episod dihasilkan dan disunting oleh Nur Nadia Lukmanulhakim

Suara:
Pencerita: Nur Nadia Lukmanulhakim
Temubual: Nenek, Atok, Pak Su

Bunyi:

Bunyi air hujan jatuh atas bumbung – Rakaman sendiri oleh Nur Nadia Lukmanulhakim

Bunyi cengkerik – Rakaman sendiri oleh Nur Nadia Lukmanulhakim

Bunyi burung berkicauan oleh acclivity – https://freesound.org/s/33408/

Bunyi air mengalir oleh nicStage – https://freesound.org/s/95087/

Bunyi ketukan instrument seakan-akan gong oleh 4Cairnz – https://freesound.org/s/689738/