Date / Tarikh: 22.2.2023
Time / Waktu: 8:30 PM
Platform: Zoom
Abstrak Diskusi:
Masharakat Chantek: Enigma Penyisihan OKU (2023), sebuah karya baharu oleh Rosli Ibrahim, seorang aktivis OKU serta pengarang yang mencatat pengalamannya seputar politik dan budaya masyarakat OKU dalam memperihal wacana kekurangupayaan tubuh atau ketidakupayaan sosial di Malaysia. Di dalam usaha menggerakkan pemahaman tentang aktivisme OKU, Rosli turut menggunakan filem Melayu lama serta melihat proses sosialisasi dalam mencitrakan apa yang diertikannya sebagai ‘masharakat chantek’. Menerusi perkongsian ini, ia merupakan percubaan dalam melakar pemetaan baharu kepada kefahaman sedia ada berkaitan OKU serta gerakannya. Bersama kita di dalam webinar ini juga selaku pengulas pembentangan adalah Dr. Naziaty Mohd Yaacob, ahli akademik & aktivis OKU.
Pembentang:
Rosli Ibrahim (lahir 1973), seorang pengamat budaya serta pengarang yang aktif menulis di media sosial dan merupakan antara penggerak kesedaran isu-isu OKU dalam masyarakat di Malaysia. Beliau menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Mobilisasi bagi menggerakkan OKU Bangkit 2012 serta aktif di dalam lingkaran pembacaan. Antara buku tulisannya berjudul Gelap Mata (2015).
Pengulas:
Dr. Naziaty Mohd Yaacob seorang ahli akademik dan aktivis OKU. Beliau pernah mengajar di Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya selaku Profesor Madya jurusan Senibina memfokuskan rekabentuk senibina, teori, falsafah serta senibina keterangkuman dan sejagat. Beliau turut terlibat di dalam gerakan OKU, antaranya selaku Anggota Majlis Kebangsaan bagi Akta Orang Kurang Upaya 2008 untuk dua penggal pertama (2008-2012). Info lanjut di: naziaty.wordpress.com