Pada hari ini dalam tahun 1963, lebih 1,000 orang “amah” (pembantu rumah / pekerja domestik) telah berhimpun di ibu kota Kuala Lumpur dalam sebuah perarakan protes untuk menuntut hak mereka sebagai pekerja.

Pekerja-pekerja domestik dari seluruh Malaya yang menjalankan protes ini bekerja untuk keluarga-keluarga anggota tentera penjajah British yang masih bertugas di Malaya pada masa itu.

Antara tuntutan mereka ialah masa bekerja yang lebih tetap, gaji overtime dan kondisi kerja yang lebih baik.

Perarakan ini merupakan protes pertama dalam sejarah yang dijalankan oleh pekerja domestik di negara ini.

Sumber: Akhbar The Straits Times, 12 Ogos 1963

amah-protest-1963